Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2023 @ 6:30pm

Komen Sharnaaz Ahmad Win! Terhibur Tengok Gelagat Jebat Jayden Pakai Maskot Hijau Sambil Solat Berjemaah

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sekali lagi mencuri perhatian apabila keletahnya memakai baju maskot berwarna hijau sambil menunaikan solat berjemaah mencuit hati ramai.

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Instagram Story milik salah seorang ahli keluarga Neelofa baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Jebat dilihat sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama keluarga, namun kekal khusyuk dengan persalinan hijau yang menutup keseluruhan badannya.

Melihat kepada aksinya itu, Sharnaaz tampil memuat naik semula hantaran berkenaan di ruangan Instagram miliknya memaklumkan, walau apa sahaja yang dilakukan oleh Jebat dia tetap akan mengenali anak kesayangannya itu.

“Anak baba, confirm!,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut  terhibur melihat gelagat Jebat yang sememangnya comel dan penuh dengan elemen spontan.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Mar 2024
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Tue, 9 Oct 2018

黎瑞恩郑嘉颖「携手」1208来马开唱

90年代香港著名女歌手黎瑞恩和视帝郑嘉颖,将于12月8日携手来马开唱!

Trending Mon, 10 Sep 2018
Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!

Cahaya Mata Sun, 14 Aug 2022
Contest Mon, 22 Jul 2019

Korang Jangan Lupa Dapatkan Klu Seterusnya Dalam #ICSYVMY Musim Kedua!

Dapatkan klu seterusnya dalam #ICSYVMY #SuaraSiapaTu Ahad ini!

Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Fab Foodies! Tue, 2 Apr 2019
error: Content is protected !!