Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal December 18, 2017 @ 2:35am

Tronsmart Perkenal Pengecas Pantas Di Pasaran Tempatan

Selalu ditimpa masalah telefon bimbit kehabisan bateri? Ada ‘power bank’ tetapi dah caj pun masih setekat ada ‘nyawa-nyawa ikan’ sahaja.


Jika ko orang masih tercari-cari produk pengecas yang berkualiti, tahan lama tetapi mampu beli barangkali boleh mencuba produk Tronsmart.


Apa dia Tronsmart?


Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan empat produk terbaharunya meliputi 

Titan Plus 90W Multi-Port USB Charger, BRIO 20,100 mAh PD Power Bank, AIRAMP Dual Coil Wireless Charger dan W2DT Wall Charger. Produk-produk berkualiti  Tronsmart direka khusus untuk menyenangkan kehidupan pengguna waima memberikan pengalaman yang tiada bandingan di dalam pasaran aksesori mudah alih. 

Pada majlis pelancarannya yang berlangsung petang in, Tronsmart melahirkan hasrat menjadi jenama Quick Charge  terunggul di Malaysia dengan menawarkan produk bermutu tinggi, jenama yang terkenal dan juga servis lepas-jualan yang bagus untuk pelanggannya.

Malah dalam pelan perancangannya bagi tahun 2018, Tronsmart akan memperkenalkan beberapa lagi produk baharu menggunakan teknologi Quick Charge 4.0 dari Qualcomm di samping yang  menggunakan  teknologi cas tanpa wayar dan juga tenaga solar.. 

Untuk audio pula, Tronsmart dijangka mencipta produk yang menggunakan teknologi Bluetooth 5.0 dan Amazon Alexa.

Wah! mereka yang ‘gila’ tech pasti gembira mendengar berita ini apatah lagi yang tidak boleh lekang dengan telefon bimbit dan power bank.

Dengan Tronsmart segala caj boleh dilakukan pantas agar telefon anda tidak akan ‘mati’ sepanjang hari.

Harga empat produk terbaharu Tronsmart ini tidak mahal iaitu dari RM179 hingga RM329.

Untuk mendapatkan info lanjut boleh menghubungi talian ‘hotline’ rasmi Tronsmart di  03-74979621 atau layari laman web Tronsmart di  malaysia.tronsmart.com atau laman facebook Tronsmart di  www.facebook.com/tronsmartmalaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 21 Oct 2019

Planning On Buying Honor 20 Series? Now is the Time!

BOO! HONOR Malaysia is Giving Fans a Treat this Halloween.

TECH Thu, 17 Oct 2019

「最强WATCH GT2电池挑战」大比拼!谁才是最后赢家?

「最强WATCH GT2电池挑战」大比拼!一连四天的任务挑战,到底谁能拥有较高的电量成功脱颖而出呢?

TECH Thu, 2 Aug 2018

脸书不再滑很久 「新工具」帮你管控时间

担心自己或孩子在社群媒体花太多时间吗?

TECH Mon, 27 Aug 2018
TECH Mon, 3 Sep 2018

Work Hard and Play Harder with Lenovo’s New Laptop

It’s perfect for workers and students who also enjoy gaming.

TECH Tue, 2 Jan 2018

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang 2017

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

TECH Fri, 9 Nov 2018

种花草又怕麻烦?智慧种植箱OrchidBox浇水光照都包办

OrchidBox 将种植过程简化到只需浇水,其他如光照、水量和浇水时间都由它一手包办,黑手指也能轻松种出一角绿意。

TECH Sun, 28 Oct 2018

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Adakah pendrive anda dijangkiti oleh ‘virus shortcut’?Kami ada jalan penyelesaiannya.

TECH Sat, 17 Aug 2019

Hardisk Pun Kena Ada Kata Laluan Ya!

Sekarang ini walaupun simpan data dalam hardisk pun boleh kena curi , Jadi lebih baik lindungi dengan adanya kata laluan

TECH Fri, 29 Jun 2018

Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mod navigasi motosikal untuk Google Maps akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Jun yang lalu.  Fungsi ini akan membantu penunggang motosikal di negara untuk mendapatkan arah jalan dan tempoh anggaran masa yang terpantas […]

error: Content is protected !!