Euforia Bola 2026
#SkoolXTRA By: Khairil Khusyairi April 4, 2023 @ 8:00pm

#SkoolXTRA Tak Suka Baca Buku, Suka Tidur Dalam Kelas Sebab… Ini 3 Memori Sweet Qismina Ketika Di Sekolah Dulu!

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan pelakon dan juga penyanyi popular, Sweet Qismina yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Sweet dulu seorang pelajar di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur tau! Bukan biasa-biasa okey!

Jom kita throwback balik momen-momen Sweet dulu. Katanya dulu dia suka tidur dalam kelas.. betul ke?

Pelajar Paling Malas?

“Saya rasa saya antara pelajar yang paling malas belajar sebab sekolah tu macam sekolah berprestij sebab semua pelajar di situ macam ulat buku.

“Antara malas saya bila homework tak siap, cikgu suruh duduk luar kelas jadi saya okey saja.

“Cikgu tengah ajar pun I tidur saja, I have no problem,” seloroh Sweet.

Seronok Dapat Kawan Baru!

“Momen kedua adalah saya masih ingat bila International Understanding Day (IU Day), kalau IU Day je kami akan pergi karnival setiap sekolah yang ada di KL.

“Ramai kawan saya yang wakil untuk sertai dan kena buat persembahan semua, jadi seronok la bila dapat kenalan dari sekolah-sekolah lain,” kongsi Sweet.

Awkward Bila Sekolah Campur!

“Dulu sekolah rendah saya semua perempuan, dan kemudian sekolah menengah sekolah campur.

“Bila sekolah menengah ni malu sikit, tiba-tiba saya tak banyak main sukan sebab malu bila lelaki tengok.

“Awkward sikit la, bila sekolah campur baru tahu kisah cinta pelajar yang bercinta dengan kawan baik kita sendiri, so ia kenangan la bagi saya bila dah habis sekolah teringat balik,” jelasnya teruja.

Haa macam mana momen-momen Sweet time sekolah dulu? Nakal jugak ya Sweet dulu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Wed, 2 Aug 2023
Trending Wed, 17 Mar 2021

Seniman Bantu 100 Ahli Terjejas Akibat Pandemik Untuk Jana Pendapatan

100 ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang terjejas teruk mendapat bantuan sebanyak RM300,000 untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, menerusi program Survival Pandemik Anak Seni, pihak persatuan itu dengan kerjasama […]

Trending Thu, 2 Jun 2022

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Noh Salleh turut berduka cita dengan kematian dua remaja yang dijumpai di dalam sebuah MPV.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

error: Content is protected !!