Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 7, 2023 @ 10:47am

Kekal Mulus, Berseri Di Pagi Raya Dengan Kiehl’s

Apabila tiba musim perayaan, pasti ramai sudah mula sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan duit raya. Namun, bagaimana pula dengan penampilan wajah?

Wajah yang kelihatan lesu dan kusam akan menjejaskan penampilan anda di pagi raya sekali gus mengurangkan keyakinan diri ketika berdepan khalayak.

Justeru, penjagaan kulit wajah amat penting dan tidak sepatutnya diabaikan walaupun ketika sedang bergembira menikmati musim perayaan.

Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kulit, Kiehl’s memperkenalkan dua produk dengan formula yang dikuasakan oleh alam semula jadi dan sains bagi mengekalkan kulit wajah yang cantik, sihat, mulus, gebu di pagi raya.

Antaranya adalah produk Kiehl’s Clearly Corrective Dark Spot Solution yang dirumus dengan formula Activated C, White Birch Extract dan Peony Extract yang mampu mencerahkan kulit muka dan menjadikan tona kulit kelihatan lebih sekata dengan penggunaan harian yang berterusan.

Ia terbukti secara klinikal membantu mengurangkan hiperpigmentasi sebanyak 49 peratus dan warna bintik-bintik gelap sebanyak 39 peratus, serta kesan selepas jerawat sebanyak 27 peratus.

Activated C merupakan vitamin C yang terkenal dengan sifat anti-penuaan yang luar biasa untuk menghilangkan bintik-bintik gelap dan mencerahkan kulit.

Ia juga membantu meningkatkan kejelasan kulit, mengimbangi tona kulit yang tidak sekata dan tekstur yang betul dari semasa ke semasa.

White Birch Extract bahan yang berasal daripada gula, membantu mengekalkan penghidratan dan menyekatakan tona kulit.

Akhir sekali, Peony Extract ialah antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, menghalang pembentukan bintik-bintik gelap dan warna kulit kusam pada masa hadapan.

Untuk lebih efektif boleh tambahkan dengan rutin penjagaan kulit “Morning C Night A”.

Pengguna boleh menggunakan produk mengandungi Vitamin C pada sebelah pagi dan produk mengandungi A untuk kulit lebih cerah berseri.

Seperti diketahui umum, retinol merupakan antara bahan penjagaan kulit yang popular dalam produk penjagaan wajah untuk menangani tanda penuaan.

Oleh itu, Kiehl’s memperkenalkan produk Kiehl’s Retinol Skin Renewing Daily Micro-Dose  Serum dengan Ceramides and Peptide yang dapat membantu pengguna mengurangkan kedutan, garis halus, menyekatakan tona kulit dan mengecilkan pori.

Diformulakan daripada Pure Retinol, Ceramides dan Peptide, produk serum Kiehl’s ini juga mampu membuatkan kulit muka kelihatan lebih sihat, licin, lembut dan anjal.

Selain retinol dan ceramide tulen, ia juga didorong oleh peptida sebagai tambahan kepada retinol tulen dan ceramide untuk membantu pengguna mengekalkan kesan reparatif retinol.

Dengan setiap penggunaan, kulit baharu segar menyerap jauh ke dalam lapisan tengah kulit untuk  membantu meningkatkan pengeluaran elastin dan kolagen sekali gus membuatkan kulit tampak anjal.

Tambahan, produk ini sangat disyorkan untuk pengguna yang baru menggunakan produk retinol buat kali pertama serta mereka yang mempunyai kulit sensitif yang mungkin mengalami ketidakselesaan kulit.

Untuk memaksimumkan manfaat Kiehl’s Retinol Skin Renewing Daily Micro-Dose  Serum dengan Ceramides and Peptide, pengguna juga boleh mempertimbangkan menggunakannya bersama produk Kiehl’s yang lain.

Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, Kiehl’s akan memberi sampel percuma untuk meningkatkan lagi seri wajah anda di pagi raya.

Dapatkan sampel percuma di kedai fizikal Kiehl’s serta lawati Pop-Up Raya di IOI City Mall pada 11 April sehingga 23 April, dan SOGO pada 17 April sehingga 30 April  untuk mendapatkan tawaran eksklusif.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk yang ditawarkan sila layari https://www.kiehls.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

Ramadan Thu, 27 Mar 2025

[OHKASIH] Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox

Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk berkongsi rezeki, menyemarakkan kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Namun, untuk mencapai ketenangan batin dan kekhusyukan dalam ibadah, persekitaran yang […]

Replicated Draft Wed, 27 Dec 2023

Kentang & Lemon Mampu Hilangkan Bintik Hitam Hanya Mitos Je? Jom Kami Spill Satu Bahan Ajaib Ni!

Memiliki kulit wajah yang sihat, glowing sememangnya merupakan satu anugerah tau. Zaman sekarang ni bukan sahaja wanita, lelaki pun dah mula menitik beratkan tentang penjagaan kulit. Bukan nak cakap apa lah, kita ni memang pantang […]

Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Offline Bersama Pepsi, Hulurkan Tangan Buat Komuniti Memerlukan

Waktu makan ketika musim perayaan biasanya adalah masa untuk kita berhubung semula dengan yang tersayang. Namun, telefon pintar dan teknologi semakin menggangu dalam meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang ketika waktu makan.

Replicated Draft Thu, 8 Feb 2024

Anak Lebih Selesa, Kaki Lebih Segar & Tak Berbau Dengan Kasut Sekolah Bata Antibakteria Ni!

Dah masuk musim kembali ke sekolah. Biasanya mak ayah yang paling sibuk buat persiapan anak ke sekolah. Banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan seperti pakaian, beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Antara barang wajib ada, mesti […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Kami Kongsikan Cara Gen-Z Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Gaya Tersendiri. Barulah Lebih Kik!

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru! Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau […]

Contest Thu, 20 Apr 2023

Menangi Duit Raya Keseluruhan Bernilai Hampir RM50,000

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi menganjurkan kempen Cabutan WOW! Syoknya Raya untuk semua pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dengan tawaran hadiah wang tunai lumayan. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan […]

Drama Fri, 13 Mar 2026

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Raya Ni Siapa Yang Masih Single? Yang Pasti Syafiderella Dah Jumpa Jodoh, Tapi Siapa Syafiderella Ni?

Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi, nampaknya golongan yang single tu dah kena bersiap-siagalah dengan pertanyaan tentang jodoh dan perkahwinan. Bila dah berkumpul beramai-ramai dengan sanak-saudara, sudah semestinya siapa-siapa yang tengah solo atau forever alone […]

error: Content is protected !!