Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 13, 2023 @ 3:19pm

Offline Bersama Pepsi, Hulurkan Tangan Buat Komuniti Memerlukan

Waktu makan ketika musim perayaan biasanya adalah masa untuk kita berhubung semula dengan yang tersayang.

Namun, telefon pintar dan teknologi semakin menggangu dalam meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang ketika waktu makan.

Menerusi komitmennya untuk mewujudkan jalinan bermakna ketika menjamu selera, Pepsi melancarkan kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ pada sempena raya.

Ia dilaksanakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia supaya offline (ke luar talian) sebentar dan memberikan tumpuan kepada detik-detik bersemuka dengan keluarga ketika musim perayaan.

Inisiatif offline anjuran Pepsi ini membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan tangan kepada golongan memerlukan bermula sekarang sehingga 7 Mei 2023.

Pepsi dengan kerjasama rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kechara Soup Kitchen Society dan The Lost Food Project akan mengagihkan satu pek makanan* bagi setiap jam yang diluangkan offline.

Untuk menyertai kempen ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’, orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR atau pergi ke laman web https://bit.ly/pepsioffline

Klik ‘Sertai Sekarang’ untuk pergi offline dan letakkan telefon tanpa mengalihkannya.

Kumpul sebanyak mungkin waktu offline untuk peluang memenangi percutian ke Jepun bernilai RM15,000, pakej pelayaran Genting Dream Cruise bernilai RM10,000, pakej penginapan di hotel lima bintang dan penerbangan lokal bernilai RM5,000 atau e-baucar Grabfood bernilai RM50.

Pengarah Pemasaran PepsiCo, Mikey Rosales, berkata pihaknya memahami nilai berkongsi detik bermakna bersama insan tersayang terutamanya ketika menjamu selera.

Katanya, inisiatif ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’ dilaksanakan bertujuan untuk memupuk masa berkualiti dan menjalinkan hubungan erat dalam dunia yang semakin didominasi oleh gangguan digital.

“Ikatan kekeluargaan adalah suatu ikatan yang penting. Oleh itu, kami menjemput anda menyertai kami untuk benar-benar meluangkan masa bersama insan yang paling kita sayangi demi mencipta kenangan abadi semasa menjamu selera bersama-sama,” katanya.

Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee, berkata Hari Raya Aidilfitri adalah masa yang sangat berharga bagi ahli keluarga untuk beramah mesra, meraikan perayaan ini dan menunjukkan ihsan buat mereka yang memerlukan.

“Kami menjemput anda untuk turut offline bersama kami bagi menghidupkan semula kemesraan apabila bertemu ahli keluarga sambil menghulurkan tangan kepada komuniti.

“Apabila anda meluangkan masa tanpa internet, kami akan mendermakan pek makanan, anda juga dapat peluang untuk memenangi hadiah hebat,” katanya.

Layari laman Facebook dan Instagram Pepsi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen  ‘Jalinkan Hubungan Bermakna’.

*Sehingga 2,270 pek makanan akan diagihkan yang boleh membantu menyediakan makanan sekurang-kurangnya untuk satu atau sehingga enam minggu. Tertakluk kepada terma & syarat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Ikatan Kekeluargaan Lebih Erat Terjalin Bersama PICO

Setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam bakal meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda kemenangan.  Lebaran juga adalah kesempatan terbaik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.  Dengan […]

Gaya Hidup Wed, 12 Apr 2023

Raya Ada Baek Dengan GoPayz’ tawar e-Duit Raya sehingga RM250,000

Sempena Aidilfitri tahun ini, GoPayz melancarkan kempen ‘Raya Ada Baek dengan GoPayz’ yang menawarkan pelbagai ganjaran dalam bentuk e-Duit Raya sehingga RM250,000. Pengguna hanya perlu mendaftar dan berbelanja menerusi aplikasi GoPayz, di kedai-kedai atau platform […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Kami Kongsikan Cara Gen-Z Sambut Hari Raya Aidilfitri Dengan Gaya Tersendiri. Barulah Lebih Kik!

Sebut mengenai Hari Raya mesti ramai yang excited kan? Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba baru! Berbincang mengenai Hari Raya, tahukah korang golongan gen-Z atau […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Meriahkan Raya Korang Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah. Semua tu bukan angan-angan tau, […]

Replicated Draft Mon, 15 May 2023

Bata Perkenalkan Kempen Baru “Surprisingly Bata” Bersama Duta Aedy Ashraf & Anna Jobling. Syoknya!

Walaupun mood perayaan dah semakin perlahan, tapi korang mesti masih dalam mood Raya kan. Semua orang masih ada majlis makan Raya bersama syarikat, rumah terbuka, pertunangan keluarga, dan banyak lagi. Waktu inilah pentingnya pemilihan kasut […]

Drama Fri, 13 Mar 2026

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan. Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

IJM Land Bawa Kelainan Dengan Filem Pendek Raya “Rindu-rinduan Anak Bulan”.

Saban tahun menjelang Hari Raya, kita selalu menantikan video atau filem pendek Raya yang membawa pelbagai mesej dan makna yang tersirat. Yang pasti, semuanya menyampaikan input yang bermakna dan meninggalkan kesan di hati penonton. Sempena […]

Replicated Draft Fri, 14 Apr 2023

10 Tawaran Menarik Di Genting Pada bulan Ramadhan & Syawal Ni! OMG Semua Best!

Dah takde idea nak berbuka di mana? Anda nak buat kelainan sikit bagi sambutan Syawal tahun ni atau anda takde planlagi nak balik kampung mana? Jangan risau sebab Resorts World Genting akan melancarkan kempen Jom […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Misi Eratkan Jalinan Bakal Menyatukan Lebih 1,000 Ahli Keluarga

Sambutan Aidilfitri adalah perayaan paling penting serta bermakna buat Muslim di Malaysia dan merayakannya bersama keluarga menjadi satu kemestian. Suasana meriah pulang ke kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dan […]

Ramadan Thu, 27 Mar 2025

[OHKASIH] Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox

Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk berkongsi rezeki, menyemarakkan kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Namun, untuk mencapai ketenangan batin dan kekhusyukan dalam ibadah, persekitaran yang […]

error: Content is protected !!