Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah May 15, 2023 @ 6:13pm

Bata Perkenalkan Kempen Baru “Surprisingly Bata” Bersama Duta Aedy Ashraf & Anna Jobling. Syoknya!

Walaupun mood perayaan dah semakin perlahan, tapi korang mesti masih dalam mood Raya kan. Semua orang masih ada majlis makan Raya bersama syarikat, rumah terbuka, pertunangan keluarga, dan banyak lagi.

Waktu inilah pentingnya pemilihan kasut korang, mestilah cantik dan selesa supaya dapat menikmati raya dengan lebih syok. Nak ziarah berpuluh-puluh rumah sehari pun takda hal lah.

Rayakan sebulan jadi sepanjang syawal korang masih boleh beraya puas-puas tau!

Haa.. kalau korang nak tahu, Bata lancarkan kempen terbaru mereka “Surprisingly Bata” iaitu Koleksi Baharu Bata Red Label yang mempamerkan keselesaan dan gaya serba boleh.

Bukan tu je, korang mesti kenal kan dua pelakon pujaan ramai ni. Syoknya, kali ni Bata memperkenalkan Aedy Ashraf dan Anna Jobling sebagai Duta Bata Red Label baru mereka. Wah! Barulah best dapat shopping kasut raya dipakai oleh artis favourite kita ni!

Bata Red Label – “Memang Bergaya, Memang Selesa” bertemakan konsep raya. 

“Surprisingly Bata” ialah kempen yang bertujuan untuk menonjolkan keselesaan dan serba boleh dalam koleksi gaya Bata Red Label ni.

Bata Red Label ini bukanlah Bata yang korang selalu dengar seperti dulu-dulu tu. Dahulu berkonsepkan tradisional, gaya yang basic seperti kasut kerja dan sekolah. Tapi, sekarang sebagai gantinya, korang akan dapat gaya yang lebih aesthetic dan menarik.

Pasti buat korang teruja dengan generasi baru trend-setters dan go-getters ni. Paling penting selesa dan berpatutan tanpa menjejaskan gaya tau.

Jadi inilah beberapa petua tentang cara memastikan almari pakaian raya korang sentiasa segar dengan kasut Bata Red Label!

Kasut yang bergaya, serba boleh dan selesa. Bata Red Label berikan segalanya diimpikan oleh pengguna! 

Bata Red Label menawarkan pelbagai rangkaian kasut lelaki dan wanita yang bergaya, serba boleh dan yang paling penting, selesa dan sesuai untuk dipakai korang dari siang hingga malam. Meh kita tengok apa yang ditawarkan oleh Bata Red Label!

  • Bergaya

Kasut bergaya ialah kasut yang direka bentuk untuk kelihatan bergaya dan menarik namun tetap memberikan keselesaan dan fungsi sebenarnya.

Bila korang memilih kasut yang bergaya, pertimbangkan acara, pakaian dan gaya peribadi korang dulu.

Gunakan butiran kecil seperti gesper atau rantai untuk meningkatkan gaya peribadi korang. Barulah nampak lebih bergaya  mengikut trend  dengan saiz yang paling selesa!

  • Serba boleh

Bila nak pilih kasut ni, korang mestilah pilih kasut yang serbaguna tau. Seperti kasut ballerina dan loafer yang boleh dipakai dengan pelbagai jenis pakaian, majlis dan sesuai dengan keseluruhan gaya pakaian korang.

Dengan memilih kasut serba boleh, dapat memudahkan korang untuk memilih koleksi yang bersesuaian dengan pelbagai majlis. Senang korang nak bergerak dari tempat kerja ke dinner date korang nanti!

  • Keselesaan

Bata memang terkenal dengan keselesaan yang diberikan kepada pengguna tau. Kalau kasut selesa, hidup korang pun bebas dari kesakitan dan tekanan. Barulah korang dapat buat pelbagai aktiviti tanpa mengeluh sakit kaki lagi!

Menariknya, Koleksi Baharu Bata Red Label menampilkan LifeSole dari teknologi Ortholite untuk memastikan 50% lebih keselesaan sepanjang hari tau. Dengan Bata Red Label, korang tak perlu lagi hadkan gaya untuk keselesaan!

  • Pilihan Praktikal

Gaya kasut korang juga penting untuk keselesaan. Pastikan korang pilih sepasang kasut slip-on yang tidak susah untuk memberi akses mudah semasa beraya di rumah terbuka nanti.

Takda lah korang perlu nak membongkok, memasang tali kasut, dan menahan orang lain di pintu lagi. Cari yang mudah dipakai dan ditanggalkan!

  • Warna Terang

Warna pop menambah kemeriahan pada mana-mana pakaian. Kasut Bata Red Label didatangkan dengan pelbagai warna seperti hijau limau, merah jambu, lavender, sawo matang dan hijau zaitun. Wow… banyaknya warna!

  • Kapsul Serba Boleh 

Dengan memiliki kapsul serba boleh dapat memancarkan lagi keanggunan korang tau seperti beige, hitam, emas dengan silhouettes moden. Ia juga dapat sebati dengan warna terang dengan ukiran yang cantik.

Kasut Bata Red Label menawarkan silhouettes moden (dari pumps ke tumit platform ke loafers dan brogues) yang akan membawa korang bergaya sepanjang hari.

  • Sentuhan Glam

Cari sepasang kasut dengan hiasan mewah seperti metallic buckles, bling dan tassel untuk gaya glam-up yang mudah untuk pakaian raya atau selepas raya.

Jom tengok iklan kempen “Surprisingly Bata” ni. Aedy Ashraf dan Anna Jobling nampak sangat serasi tau!

Ingat, kunci untuk korang mencari kasut yang selesa tapi bergaya untuk musim perayaan adalah mengutamakan keselesaan dulu. Dengan Koleksi Baharu Bata Red Label-Memang Bergaya Memang Selesa, korang boleh temui sepasang kasut yang akan membuatkan kaki korang happy tanpa perlu mengorbankan keselesaan korang.

Apa lagi, jom ramai-ramai beli kasut baru Bata Red Label. Untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web mereka!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Mon, 10 Apr 2023

Individu OKU pekak luah rasa – ‘Jangan takut jumpa orang pekak, kami bukan pelik’

BAGI individu normal, melihat orang kelainan upaya (OKU) melakukan rutin harian biasa seperti bekerja atau berkomunikasi saja pun mungkin sudah nampak sukar. Namun, bagi golongan itu sendiri, kekurangan pada diri mereka langsung tidak membebankan sebaliknya […]

Replicated Draft Tue, 18 Apr 2023

Kompilasi Video Raya Mesti Tonton 2023 Ni Confirm Buat Korang Terhibur & Tersentuh Hati!

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut ketibaan Aidilfitri sebagai meraikan kejayaan melaksanakan ibadah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan. Setiap kali Syawal juga, syarikat-syarikat korporat di Malaysia akan menghasilkan video raya kreatif untuk […]

Gaya Hidup Wed, 29 Mar 2023

6 Produk Corvan Ni Korang Wajib Ada Untuk Raya Lebih Bergaya!

Photo credits: @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro) Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut. Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan […]

Replicated Draft Mon, 22 Apr 2024

Syoknya Raya Dengan Rumah Baru & Jongkong Emas Dari LBS!

LBS Bina Group Berhad (LBS) berbesar hati untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah bersama pemilik rumah baru dengan menawarkan pelbagai hadiah istimewa! Buat korang yang sedang mencari-cari rumah pertama atau hendak menaik taraf kediaman supaya […]

Replicated Draft Fri, 7 Jul 2023

Neelofa Dan PU Riz Pilih Kerjasama dengan Fellera Skin

Produk kecantikan dan kesihatan, Fellera Skin baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan melalui produk Jelly […]

Replicated Draft Wed, 13 Mar 2024

Pastikan Oligo Menjadi Pilihan Untuk Sahur Ramadan Ini, Mudah & Padat Dengan Nutrisi!

Bulan Ramadan bakal tiba tak lama lagi guys! Selalu bila dah nak masuk bulan Ramadan ni, semua mula la tercari-cari apa menu yang paling mudah, berzat dan boleh memberikan tenaga berpanjangan betul tak? Bukan sahaja […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Book Awal Tak Kalut! Raya Tahun Ni Confirm Lagi Seronok Dengan Promosi Dari Klook!

Hari Raya merupakan masa yang paling seronok dan berharga tak kira bagi yang tua maupun yang muda.  Sebabkan semua balik kampung serentak, selalu sangat ada masalah tak cukup bilik dan tak muat rumah. Lagi-lagi untuk […]

Replicated Draft Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Mari Bantu Rakyat Untuk Maju Ke Hadapan, Jangan Buat Tak Nampak Mereka Yang Tercicir”

Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) menggesa kita semua untuk bertindak dengan bijak dengan membantu rakyat yang tercicir untuk maju ke hadapan bersama-sama. OHBULAN! duduk bersama Datuk Munirah, berbincang tentang […]

Replicated Draft Wed, 27 Dec 2023

Kentang & Lemon Mampu Hilangkan Bintik Hitam Hanya Mitos Je? Jom Kami Spill Satu Bahan Ajaib Ni!

Memiliki kulit wajah yang sihat, glowing sememangnya merupakan satu anugerah tau. Zaman sekarang ni bukan sahaja wanita, lelaki pun dah mula menitik beratkan tentang penjagaan kulit. Bukan nak cakap apa lah, kita ni memang pantang […]

Replicated Draft Tue, 11 Apr 2023

Spin-the-wheel Dan Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Seperti iPhone 14, PS5 & Banyak Lagi!

Sempena musim perayaan ini, Yoodo tampil dengan kempen Roda Riang Raya yang menjanjikan hadiah menarik buat setiap pengguna yang mengambil bahagian.  Yoodo merupakan satu-satunya penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia yang membolehkan pelanggan mengubah suai sendiri […]

error: Content is protected !!