Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 18, 2023 @ 3:58pm

Kompilasi Video Raya Mesti Tonton 2023 Ni Confirm Buat Korang Terhibur & Tersentuh Hati!

Berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut ketibaan Aidilfitri sebagai meraikan kejayaan melaksanakan ibadah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan.

Setiap kali Syawal juga, syarikat-syarikat korporat di Malaysia akan menghasilkan video raya kreatif untuk tontonan ramai bagi memeriahkan sambutan hari raya.

Berikut 18 video raya kreatif 2023 bagi menyemarakkan semangat Syawal anda.

Harga Keyakinan Di Aidilfitri | CIMB

Karya bermakna dari CIMB ini mengisahkan kehidupan Fuad dan Sarah yang mana sejak awal perkahwinan Sarah merasakan suaminya, Fuad seorang yang tidak romantik.

Namun, lama-kelamaan Sarah sedar walaupun tidak romantik, Fuad seorang yang kuat bekerja dan itu semua demi kebahagiaan mereka untuk kehidupan lebih terjamin.

Dilema Irama | PETRONAS

Filem Aidilfitri PETRONAS tahun ini mengangkat muzik tradisional dengan menampilkan konflik pertembungan irama dua generasi.

Pergeseran tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila anaknya itu dengan berat hati bersetuju untuk bermain gambus dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa.

Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua.

Wow Syoknya Raya | PTPTN

Tonton dan meriahkan sambutan Syawal dengan lagu raya dari PTPTN. Pendeposit juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan hampir RM50,000 menerusi cabutan WOW! Syoknya Raya.

Simpan Lebih, Peluang Menang Pun Lebih!

Kaki Kumpul Hati | Petron

Hati Putri Elisya Tasnim (P.E.T) terus terpaut apabila dia bertemu semula dengan rakan lamanya, Ron.

Namun, tabiat Ron yang suka mengumpul baucar, mata ganjaran dan barangan percuma menyebabkan Putri kerap hilang sabar.

Jom tonton, #KakiKumpulHati, untuk mengetahui apa yang terjadi antara mereka berdua.

Zapin TerPaling Raya | Tune Protect

Tampil berbeza tahun ini, Tune Protect menghasilkan filem animasi muzikal yang berkisarkan tentang T.P. yang dilamun cinta Si Tipah.

Namun, siapa sangka si kerbau cemburukan cinta mereka hinggakan sanggup menjadi penyondol.

Jalinkan Hubungan Bermakna Bersama Pepsi

Benar teknologi mampu mendekatkan yang jauh, namun dapatkah ia mengeratkan mereka yang dekat?

Sempena Syawal ini, ayuh ‘offline’ dan jalinkan hubungan bermakna bersama keluarga tersayang.

Jodoh Syafiderella | Safi

Filem raya muzikal dari Safi ini bakal membuatkan penonton terikut sama menyanyi. Ikuti kisah Syafiderella dan Amir yang penuh cabaran. Dapatkah mereka berdua bersatu di rumah terbuka Amir?

Rap Off Hidangan Raya | Yoodo

Video animasi kreatif Yoodo menampilkan enam juadah raya berentap dalam ‘rap off’ untuk merebut gelaran kegemaran anda.

Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali | LBS Bina Group

Sambutan raya tahun ini lebih EKSTRAAAA bagi keluarga Badrul. Siapakah Badrul?  Saksikan gelagat keluarga Badrul menyambut lebaran dengan penuh kemeriahan dalam iklan pendek Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali.

Raya ada BAEK dengan GoPayz

Persiapan lebaran Adnan pastinya lebih mudah dengan adanya GoPayz. Semuanya hanya dalam satu aplikasi!

Raya Bersama | Sime Darby Property 

Filem raya pendek dari Sime Darby Property ini menonjolkan pelbagai peristiwa penting ketika berada di meja.

Bermula daripada pertemuan semula dengan keluarga, bekerjasama dengan rakan sekerja sehinggalah membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Joget Opah | JASMINE

Video pendek ini bakal membuatkan penonton sebak melihat pengorbanan seorang nenek demi memberikan Syawal yang terbaik buat cucunya.

Gambar Pagi Raya | Air Selangor 

Tidak lengkap hari raya jika tidak mengabadikan potret bersama keluarga tercinta. Namun, gambar juga menjadi punca kenapa Anis marah dengan keluarganya.

Memoir Raya | redONE

Filem pendek yang diinspirasikan dari kisah benar ini bakal membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Mak Kau Tak Hijau | Gamuda Land

Warna hijau sememangnya sinonim dengan hari raya. Tetapi, tahukah anda ada maksud lain di sebalik perkataan hijau?

Eratkan Jalinan dengan Tropicana Twister

Suasana meriah beraya di kampung, berkumpul adik-beradik dan sanak-saudara menjadi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dan rahmat yang besar di hari raya.

Namun, tidak semua orang berpeluang atau berkemampuan untuk meraikan lebaran bersama keluarga di kampung halaman.

Tak Ada Lemang, Tak Lengkap Raya | Lalamove

Sekali dalam seumur hidup pasti ada insiden terlupa membuat persiapan secukupnya untuk juadah hari raya terutama makanan penting seperti lemang atau ketupat.

Semanis Senyumanmu | CSR

Sama-sama sedekahkan senyuman sesama insan, tanpa mengira perbezaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Thu, 30 Nov 2023

Korang Tahu Tak Hari Demi Hari Kulit Kita Kehilangan Kolagen? Ini Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Atasinya!

Kolagen merupakan komponen penting yang memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit mengendur dan berkedut. Dalam erti kata lain, kolagen membuat kulit kelihatan anjal dan berseri. Namun begitu, seiring berlalunya hari dan […]

Replicated Draft Thu, 3 Aug 2023

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

“Gunakan tanpa was-was” Haa.. Korang yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ni? Tak lain dan tak bukan, ini la tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ni sangat ikonik pada […]

Oh Lawa Thu, 18 Jan 2024

Kulit Kusam & Banyak Bintik Hitam? Ini 4 Penyebab Utama Yang Korang Perlu Tahu!

Kulit kusam dan semakin banyak bintik hitam muncul di wajah? Kenapa jadi macam tu? Apa puncanya? Macam mana nak rawat masalah ini? Meh sini min kongsikan 4 penyebab utama bintik hitam & kulit kusam terjadi […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Offline Bersama Pepsi, Hulurkan Tangan Buat Komuniti Memerlukan

Waktu makan ketika musim perayaan biasanya adalah masa untuk kita berhubung semula dengan yang tersayang. Namun, telefon pintar dan teknologi semakin menggangu dalam meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang ketika waktu makan.

Ramadan Thu, 27 Mar 2025

[OHKASIH] Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox

Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk berkongsi rezeki, menyemarakkan kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Namun, untuk mencapai ketenangan batin dan kekhusyukan dalam ibadah, persekitaran yang […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Raya Ni Siapa Yang Masih Single? Yang Pasti Syafiderella Dah Jumpa Jodoh, Tapi Siapa Syafiderella Ni?

Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi, nampaknya golongan yang single tu dah kena bersiap-siagalah dengan pertanyaan tentang jodoh dan perkahwinan. Bila dah berkumpul beramai-ramai dengan sanak-saudara, sudah semestinya siapa-siapa yang tengah solo atau forever alone […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

Meriahkan Raya Korang Dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN, Hadiah Keseluruhan Bernilai Lebih RM1.3 Juta!

Dah nak raya ni best jugak kalau dapat duit raya kan? Bukan setakat duit raya, kalau dapat sekali beraya dengan kereta dan motosikal baru lagi gempak! Memang raya sakan lah. Semua tu bukan angan-angan tau, […]

Replicated Draft Tue, 12 Mar 2024

Dah Tak Payah Moreh Di Mamak, Buat Sendiri Je Teh Tarik Kaw & Padu Bersama Jom Teh!

Bulan Ramadan dan Syawal antara bulan paling dinantikan ramai. Kena kawal kesabaran menahan lapar dan dahaga. Kalau tekak craving sangat teh tarik, mesti korang akan ajak keluarga atau kawan-kawan moreh kat kedai mamak kan? Maklum […]

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Raya Sakan, Banyak Rebat, Pulangan Tunai Dan Jimat Tak Sudah Dengan Boost!

Sebelum kita nak sakan beraya, jangan lupa selesaikan bil-bil dan tanggungjawab yang ada. Bukan apa, takut bila raya nanti ada pula yang menghantui. Macam Ayda Jebat, sampai tertidur dalam stor sebab ketakutan. Nak tahu apa […]

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Kaki Kumpul Hati Beri Senyuman Sempena Aidilfitri

Syarikat pengeluar minyak dan gas yang semakin menempa nama di Malaysia, Petron, terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pengguna setia mereka. Selepas lebih sepuluh tahun berada di pasaran minyak Malaysia, Petron terus komited dengan visinya […]

error: Content is protected !!