Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 9, 2024 @ 11:51am

IJM Land Bawa Kelainan Dengan Filem Pendek Raya “Rindu-rinduan Anak Bulan”.

Saban tahun menjelang Hari Raya, kita selalu menantikan video atau filem pendek Raya yang membawa pelbagai mesej dan makna yang tersirat. Yang pasti, semuanya menyampaikan input yang bermakna dan meninggalkan kesan di hati penonton.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, IJM Land juga turut tampil dengan kemunculan filem pendek menarik yang  menceritakan tentang kepentingan ketabahan dan harapan.

Filem pendek berjudul “Rindu-rinduan Anak Bulan” yang bergenre humor ini mengisahkan tentang percubaan berterusan Pak Ahmad yang tinggal di sebuah kampung kecil yang mencari anak bulan menggunakan teleskopnya.

Walaupun kecewa berulang kali, namun Pak Ahmad tetap gigih dan berusaha meneruskan pencariannya saban hari di langit malam demi menantikan kemunculan anak bulan.

Disebalik rutin hariannya mencari kelibat bulan, Pak Ahmad juga tanpa jemu menandakan hari-hari yang berlalu di kalendarnya yang usang sambil menunggu pengumuman Hari Raya dengan harapan bahawa suatu hari nanti, ketekunannya untuk melihat bulan akan membuahkan hasil, walaupun gagal dalam beberapa percubaan yang lucu antaranya dengan pakaian angkasawan untuk sampai ke bulan.

Pada suatu malam…

Namun, segalanya berubah pada suatu malam dengan kejadian aneh. Angin yang amat kencang menyebabkan perhiasan Hari Raya di rumah kampung Pak Ahmad terhempas.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Dalam sekelip mata Pak Ahmad berada di suatu tempat yang asing baginya.  Dalam kebingungan dan tanpa disangka pakaian Pak Ahmad telah ditukar kepada Baju Raya, kini sampai di Kampung Bulan dan diiringi oleh penduduk tempatan sambil menyambut Hari Raya.

Fuyooo!

Disebalik kisah lucu, tersirat mesej yang sangat menyentuh hati..

Tapi sebenarnya..semua itu hanyalah mimpi Pak Ahmad.

Dari babak-babak lucu hingga ke pengembaraan yang magikal, perjalanan Pak Ahmad berakhir dengan babak yang menyentuh hati apabila beliau sebenarnya hanya bermimpi dan lelaki yang bersamanya itu adalah anak lelakinya yang amat dirinduinya. Sedihnya…

Untuk pengetahuan korang, filem pendek “Rindu-rinduan Anak Bulan” ini menggambarkan semangat sebenar Hari Raya iaitu meraikan keindahan, ketabahan, kekuatan dan  persatuan sesama manusia.

Filem pendek ini akan mula ditayangkan di media sosial IJM Land sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bermula 10 April 2024 ini.

Jom layan video penuh di bawah ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Offline Bersama Pepsi, Hulurkan Tangan Buat Komuniti Memerlukan

Waktu makan ketika musim perayaan biasanya adalah masa untuk kita berhubung semula dengan yang tersayang. Namun, telefon pintar dan teknologi semakin menggangu dalam meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang ketika waktu makan.

Replicated Draft Mon, 4 Mar 2024

Banyak Telekung Lama? Trade-in Jer Dengan Yang Baru Di Butik Siti Khadijah Hari Ini!

Telekung ni dah menjadi aksesori atau kelengkapan wajib buat setiap wanita Muslim. Islam kan menganjurkan keindahan, begitu jugalah dengan wanita yang sukakan kecantikan, pantang nampak telekung cantik, mesti nak bertukar-tukar. Berita baik untuk penggemar telekung […]

Ramadan Fri, 7 Apr 2023

Dikenakan Mengikut Kadar Beras Yang Di Makan, Tunaikan Pembayaran Zakat Fitrah Korang Sekarang!

Warga Selangor, korang dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang. Semoga dengan perbuatan kita ini, orang disekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Replicated Draft Wed, 18 Mar 2026

Bermula Dengan Kemeriahan Ramadan, Pengakhiran Iklan PETRONAS Ini Buat Ramai Tersentuh

Setiap kali Ramadan dan Syawal menjelang, rakyat Malaysia pasti menantikan filem perayaan daripada PETRONAS yang sering menyentuh hati. Tahun ini, PETRONAS tampil dengan filem Aidilfitri 2026 bertajuk “Seindah Ramadan”, sebuah kisah ringkas tetapi penuh makna tentang […]

Replicated Draft Tue, 11 Apr 2023

Spin-the-wheel Dan Berpeluang Menangi Hadiah Menarik Seperti iPhone 14, PS5 & Banyak Lagi!

Sempena musim perayaan ini, Yoodo tampil dengan kempen Roda Riang Raya yang menjanjikan hadiah menarik buat setiap pengguna yang mengambil bahagian.  Yoodo merupakan satu-satunya penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia yang membolehkan pelanggan mengubah suai sendiri […]

Replicated Draft Thu, 23 Mar 2023

Nikmati Air Yang Bersih & Segar Sepanjang Hari Dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri

PASANGAN yang baharu menimang cahaya mata pastinya teruja menerima penambahan ahli dalam keluarga, tambahan kelahiran anak pertama. Pastinya, pelbagai persiapan dilakukan sempena menjadi ibu bapa baharu, selain bakal meraikan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Namun, […]

Replicated Draft Fri, 14 Apr 2023

10 Tawaran Menarik Di Genting Pada bulan Ramadhan & Syawal Ni! OMG Semua Best!

Dah takde idea nak berbuka di mana? Anda nak buat kelainan sikit bagi sambutan Syawal tahun ni atau anda takde planlagi nak balik kampung mana? Jangan risau sebab Resorts World Genting akan melancarkan kempen Jom […]

Replicated Draft Thu, 18 May 2023

Beras Jati Sambut Ulang Tahun Ke-30, Cipta Rekod Hasilkan 3 Tan Beras Untuk Disumbangkan

Jenama beras terkemuka Jati, baru-baru ni menyambut ulang tahun ke-30 mereka. Haa.. Siapa tak tahu beras Jati kan? Jenama beras ni dah sinonim sangat dengan kita orang Malaysia yang wajib makan nasi hari-hari. Bagi meraikan […]

Replicated Draft Sat, 10 Jun 2023

Rang Undang-Undang (RUU) Generasi Penamat Rokok ‘WAJIB’ Dilaksanakan Dengan Segera! Cegah Sebelum Terlambat!

Kita semua tahu yang masalah merokok di Malaysia memang sangat membimbangkan semua pihak. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, peratus perokok dalam kalangan dewasa ialah 21.3% dan ianya terdiri daripada kaum lelaki sebanyak 40.3%. […]

Replicated Draft Wed, 26 Apr 2023

Wah, Raya Ini Lebih Meriah Dengan Peranti Baharu Samsung

Baju, kuih dan duit raya antara keperluan rakyat Malaysia setiap kali menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pastinya, semua itu sudah disiapkan sebelum atau di awal bulan Ramadan bagi mengelakkan kesibukan menjelang Aidilfitri ditambah perjalanan pulang […]

error: Content is protected !!