Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 5, 2023 @ 4:21pm

[VIDEO] Lawat Pusat Jagaan Warga Emas, Aksi Safwan Nazri Tahan Air Mata Sambil Peluk Seorang Pak Cik Buat Netizen Pilu!

Sebuah video yang dikongsi oleh akaun TikTok rasmi sebuah pusat jagaan warga emas, Pusat Jagaan Mahmudah tular apabila seorang penghuni mengalirkan air mata dengan laju saat disapa oleh pelakon Safwan Nazri.

Safwan bertanya kepada penghuni itu adakah dia merindukan seseorang dan ia turut disaksikan oleh penyanyi Wany Hasrita dan Amira Othman.

Namun, lelaki warga emas itu tidak memberikan sebarang jawapan ketika ditanya soalan berkenaan dan hanya menangis sehingga terpaksa ditenangkan oleh Safwan.

@pusatjagaanmahmudah 🥺🥺🥺 semoga Pakcik dikuatkan semangat❤️ #megaklinikzahran @Safwan Nazri #pusatjagaanmahmudahmalaysia #charity #adikberadikthemelvin #syatillamelvin ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Kejadian itu menyebabkan Safwan dan semua yang berada di pusat jagaan tersebut menahan air mata kerana pilu melihat keadaan lelaki tersebut.

Difahamkan, lelaki itu merupakan penghuni baharu dan kehadirannya menyebabkan ramai pengunjung turut mengalirkan mata.

@pusatjagaanmahmudah Penghuni terbaru… semalam semasa openday ramai yang menitiskan air mata 🥺🥺🥺🥺 #pusatjagaanmahmudahmalaysia #charity #adikberadikthemelvin #syatilaamelvin ♬ Tak Kan Hilang – 🌻🌈

Video tersebut juga meraih pelbagai respons dari netizen yang rata-ratanya turut mengeksperesikan rasa sedih kerana figura lelaki tersebut membuatkan mereka terbayang bapa masing-masing.

“Teringat arwah ayah. Jagalah orang tua selagi mereka masih ada.

“Allah sedihnya teringat arwah ayah saya. Buka TikTok mesti menangis.

“Saya merayu kepada anak-anak pak cik ni. Ambillah dia balik. Sayang dia kerana saya dah dua tahun kehilangan bapa. Tak sanggup rasanya,” tulis netizen di ruangan komen.

Difahamkan Pusat Jagaan Mahmudah membuat Open Day PJM dan ia dihadiri oleh beberapa selebriti serta pempengaruh media sosial bertujuan untuk menyantuni penghuni di pusat jagaan tersebut sempena bulan Ramadan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 May 2018

Dulu Jutawan Mewah Sekarang Tinggal Di Pondok Tanpa Elektrik

Dulu Seorang Jutawan, Kini Lelaki Ini Tinggal Di Pulau Terpencil Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik

Featured Mon, 28 Oct 2024

Drama Luruhnya Bunga Cinta Adaptasi K-Drama Popular Autumn In My Heart

Mesti best ni kalau dah adapatasi dari cerita Korea Selatan🥹🥹🥹

Trending Fri, 5 Jun 2020
Drama Sat, 17 Dec 2022

Isi Slot Sakura TV3, Fadlan Hazim & Riena Diana Bergabung Dalam Chinta Arjuna

Drama bersiri 20 episod, Chinta Arjuna telah menemui penonton di kaca televisyen bermula 13 Disember 2022. Diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, drama ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan skrip nukilan daripada Zyza […]

Featured Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Obses Dengan ‘Fattzura’

Gandingan yang digelar Fattzura ini terlalu taksub dan kekuatan sokongan peminat memang tidak dapat dinafikan

Events Thu, 3 Jan 2019
error: Content is protected !!