Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 5, 2023 @ 4:08pm

Baru Tunjuk Teaser Dah Sedih, Penonton Tak Sabar Nak Tengok Pengakhiran Drama Jaga Aku Selamanya! – “Harap Tak Menangislah Malam Ni”

Drama rantaian TV3, Jaga Aku Selamanya yang disiarkan menerusi Slot Lestary hampir melabuhkan tirainya, malam ini.

Bukan itu sahaja, drama yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat itu juga turut meraih sambutan yang luar biasa dalam kalangan penonton setianya.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama ‘Jaga Aku Selamanya’ Dikatakan Tak Logik, Nadiya Nisaa Dedah Buat Rujukan Sebelum Berlakon – “Ini Antara Cabaran Besar…”

Drama ini mengisahkan Maya dan Syukri yang dilakonkan oleh Nadiya Nisaa dan Johan As’ari, merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai lima orang anak. Keluarga mereka hidup dalam kemiskinan.

Pemergian Syukri yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan kehidupan Maya dan anak-anaknya menjadi huru-hara. Kehilangannya juga bermaksud kehilangan mata pencarian. Perkara ini telah mendesak Maya untuk berhijrah ke kota demi mencari rezeki. Anak-anaknya terpaksa ditinggalkan.

Maka tanggungjawab untuk menjaga mereka digalas oleh Azhar (dilakonkan oleh Baqir Jamalullail), anak sulung Maya yang hanya berusia 12 tahun sehingga menjadikan kehidupan kanak-kanak itu menjadi sengsara dan musnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Di Sebalik Watak: Baqir Jamalullail Sebagai Azhar dalam ‘Jaga Aku Selamanya’

Lebih menarik lagi, teaser episod akhir drama rantaian tersebut turut meraih perhatian dan mengundang sebak dalam kalangan penonton biarpun baru sahaja dimuat naik oleh TV3 Malaysia di Instagram.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, perkongsian yang dimuat naik oleh Nadiya juga turut menerima pelbagai komen dalam kalangan warganet yang tidak sabar untuk menyaksikan pengakhiran drama itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa)

“Harap tak menangislah malam ni.

“Tak sabar nak tengok, sedihnya.

“Alaaa, Yeye dengan Adi berpisah. Confirm meleleh lagi la air mata malam ni,” komen warganet.

Jangan lupa saksikan episod terakhir drama Jaga Aku Selamanya menerusi Slot Lestary, jam 9.00 malam, di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

Pengarah ‘Escape’ Terpaksa Lupakan Gimik Sebab…

Kamal Adli jadi pengganas?? Wah, tak sabar!

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

Watie Hanifiah titip ucapan buat Shuib sempena ulang tahunnya

Trending Tue, 27 Oct 2020
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Hantu Kak Limah Kahwin Hanya Gimik Tapi…

Kata pelakon Hantu Kak Limah ini, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri semula. “ Saya juga perlukan teman seperti orang lain yang boleh menemani saya ketika anak-anak tiada di rumah…

Featured Tue, 11 Nov 2025
Trending Thu, 16 Jul 2020
error: Content is protected !!