Euforia Bola 2026
Trending By: Nurul Hana April 7, 2023 @ 4:01pm

Insomniacks Meriahkan Aidilfitri Dengan ‘Lagu Raya’

Dalam beberapa minggu lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan seperti biasa lagu-lagu Raya akan mula berkumandang di corong-corong radio, pusat membeli-belah dan juga laman-laman media sosial.

Selain lagu-lagu Raya malar segar dan klasik yang kerap memeriahkan suasana, semakin banyak lagu Raya baru nyanyian artis masa kini yang memenuhi permintaan pencinta muzik.

Kumpulan kugiran tempatan popular, insomniacks juga nampaknya tidak ketinggalan mengikut fenomena ini.

Lagu raya nyanyian mereka yang berjudul ‘Lagu Raya’ telah mencipta secara tersendiri pada tahun 2023.

Lagu yang dicipta oleh penyanyi kelahiran Indonesia, Yuka Kharisma ini merupakan sebuah lagu yang sangat mudah diingati dan mempunyai harapan untuk menjadi sebuah lagu tular di era ini.

“Secara peribadi, saya rasa ini adalah lagu raya yang paling senang untuk dihafal dan dipelajari. Malah, sekiranya ada pelajar yang perlu membuat persembahan sempena Hari Raya, lagu ini sangat sesuai untuk didendangkan. Ia begitu mudah namun sangat menghiburkan,” jelas Iqie selaku jurucakap kumpulan Insomniacks.

Ini adalah kali pertama kumpulan insomniacks tidak terlibat dalam penulisan karya mereka sendiri.

“Oleh kerana lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Yuka, kami hanya perlu memasukkan vokal sahaja. Proses rakaman berjalan dengan sangat lancar dan kami hanya perlukan sekitar 20 hingga 30 minit sahaja untuk menyelesaikannya. Kami senang bekerja dengan Yuka dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan karya ini,” tambahnya lagi.

Iskandar berkata, mereka terpaksa berjaga awal pagi bagi menghasilkan sebuah video muzik.

“Video muzik kami berkonsepkan sekumpulan kawan yang hendak pulang beraya di kampung. Pengalaman merakam video ini sangat menyeronokkan namun memenatkan juga kerana kami terpaksa berjaga dari jam enam pagi hingga enam petang. Bagaimana pun, hasilnya sangat memuaskan,” jelas Iskandar.

“Sempena dengan Aidilfitri yang akan datang, kami Insomniacks,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua peminat kami dan semoga anda terhibur dengan Lagu Raya kami ini,” bingkas Iskandar menutup bicara.

Lagu Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 7 April jam 12 tengah malam, manakala muzik videonya pula boleh ditonton di laman YouTube Insomniacks.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

Events Mon, 4 Jul 2022

Padah ‘Modified’ Nissan Skyline Jadi Kereta Polis, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Alamak, kot ya pun janganlah kereta polis abang oiii…

Featured Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Fri, 10 Oct 2025

“Mereka Seperti Wali-Wali Gaza” – Iylia Balqis Dedah Kejadian Sebenar Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana

Iylia Balqis perjelas Ardell Aryana hampir demam, Kapal Mikeno kena water canon selama dua jam

error: Content is protected !!