Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 9, 2023 @ 5:00pm

Siti Khadijah Ulas Isu Work Life Balance, Ambil Kenyataan Janna Nick Dari Sudut Positif – “Semua Pekerjaan Penat & Mencabar”

Pelakon Siti Khadijah Halim tampil memberi buah pendapatnya berkenaan isu ‘work life balance’ atau keseimbangan hidup yang sedang hangat diperkatakan.

Terdahulu, isu tersebut tercetus selepas ramai dalam kalangan netizen berasa kurang senang dengan tindakan pelakon Janna Nick membincangkan topik itu di sesi podcast Studio Sembang bersama Amelia Henderson.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbulkan Perbalahan, Janna Nick Dikecam Kongsi Isu ‘Work Life Balance’

ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu Work Life Balance, Netizen Dakwa Janna Nick & Amelia Henderson Merendahkan Pilihan Generasi Muda? – “Kalau First Goal Belum Capai, Jangan Mimpi…”

Menurut Siti, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi sedar kenyataan yang dinyatakan oleh Janna itu adalah perkara yang memang perlu diterima biarpun perit.

Malah, Siti turut menyifatkan keseimbangan hidup itu akan tercapat selepas setiap individu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diimpikan dalam kehidupan.

“Pandangan saya sendiri, saya tak mewakili sesiapa untuk achieve work life balance, kita kena kerja keras dulu.

“Sebelum saya jadi seorang selebriti saya tak terfikir pun saya akan ke tahap ini. Saya ingat dulu saya jadi influencer sahaja tak pernah terfikir nak jadi pelakon.

“Kenapa Janna boleh senang pada usia dia sekarang, bagi saya apa yang dia cakap tu adalah the harsh truth nak tak nak kita kena hadam.

“Sebelum saya ke tahap ini pun saya kerja jadi kuli dulu, balik lambat,  pernah kena campak skrip. Bagi saya work life balance tu boleh dapat tapi kena kerja keras gila, kena all out,” katanya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Siti ketika ditemui di Majlis Viu Together Gather di Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Siti juga turut menyedarkan semua pihak bahawa setiap pekerjaan mempunyai cabaran dan kepenatan tersendiri.

Sebagai selebriti, dia juga mengharungi keperitan yang sama disaat dirinya cuba mencapai kejayaan sehingga ke tahap ini demi membantu keluarganya.

“Mungkin pada sesetengah orang, mereka fikir bergelar seorang selebriti ni pakai kena cantik semua benda dah siap. Tapi dia tak tahu penat dia. Semua pekerjaan penat dan ada cabaran dia.

“Basically penyakit rezeki apa sekali pun dia tak pilih karier dan sesiapa. Jadi kita sebenarnya, kita ambil apa yang Janna cakap tu dari sudut positif. Bila kita positif, kita boleh capai keseimbangan hidup tu tapi kena kerja keras dulu

“Sebab kadang-kadang Tuhan tu kurniakan kita dalam dunia untuk leraikan kesusahan yang ditanggung oleh keluarga.

“Macam saya, saya buat je mana-mana kerja tak kira watak apa pun. Saya lenjan je sebab ibu bapa saya dah tak kerja so saya boleh tolong sikit,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Feb 2025

Hasil Tungkus Lumus Perah Idea, Luqman Podolski Muncul Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

EP perdana Luqman Podolski berjudul Kau Apa Sebenarnya? menemui peminat sejak 24 Januari lalu.

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

玛莎出道一年即办演唱会!李佩玲三度开场更显大将之风

Jeryl 李佩玲和玛莎(Masya Masyitah )成功于屠妖节假期,在云顶云星剧场完成了两人首场合办的千人演唱会。

Trending Mon, 2 Apr 2018

Tiga Beradik Hilang Ibu-Bapa Sekelip Mata

“Sepatutnya saya juga bersama mereka tetapi tak dapat sebab kursus. Saya reda dengan ketentuan Allah namun berharap akan terus tinggal di rumah ini,” kata pelajar SMK Pasir Panjang itu.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Warehouse Elrah Terbakar Angkara Khianat, El Azman Tawar RM100,000 Kepada Mereka Yang Menjumpai Pelaku

Usahawan El Azman menawarkan RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu yang bertanggungjawab melakukan khianat membakar warehouse Elrah. @elazman Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat […]

Hiburan Sat, 19 May 2018

Selalu Dating, Rahsia Bahagia Justin Timberlake Dan Isteri

Nak tahu rahsia mereka kenalah baca entri nie..

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

狄妃「活着进棺材」探索生命的意义

配合马来西亚首个生死特展的系列活动「活着进棺材」日前邀来狄妃参与!躺过棺材的她,坦言曾因「等」的恶习错过了一些事,造成终身遗憾。

Trending Hari Ini Fri, 26 Jun 2020
error: Content is protected !!