Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 10, 2023 @ 5:01pm

Nafi Sudah Berkahwin Dengan Boss Kay, Tash Yong Enggan Bermadu – “Dia Bukan Suami Orang & Dah Cerai Dengan 2 Isteri”

Pelakon Tash Yong menyatakan bahawa dia tidak akan bermadu jika ditakdirkan berkahwin dengan pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Boss Kay.

Memetik laporan Harian Metro, Tash memaklumkan bahawa Boss Kay sudah pun bercerai dengan isteri pertama dan keduanya.

Walaubagaimanapun, Tash tidak menafikan bahawa dia mempunyai hubungan rapat dengan pempengaruh TikTok itu.

“Kami berkenalan pada hujung tahun lalu dan kini dia adalah lelaki yang memang rapat dengan saya. Tapi, sekiranya sampai jodoh kami, saya tidak perlu bermadu dengan sesiapa.

“Sekarang, status dia (Boss Kay) bukan suami orang. Dia sudah pun bercerai dengan kedua-dua isterinya,” katanya.

Mengenai kontroversi sebelum ini, Tash enggan mengulas lanjut dan dia menerima segala komen yang dihamburkan kepadanya kerana orang luar tidak mengetahui perkara sebenar.

“Kalau nak cerita pun panjang dan akan membuka aib saja. Jadi, terpulanglah nak kata apa (sebab) kerana kami memilih untuk berkongsi ‘content’ yang ceria, gembira dan positif saja di media sosial.

“Tidak perlu kami mencanang perkara ‘dalam kain’ yang akan mengaibkan. Platform media sosial ini, kami cuba jadikan untuk berkongsi hal-hal membabitkan urusan kerja seperti promosi produk-produk ‘client’,” ujarnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Tash Yong didakwa telah berkahwin dengan Boss Kay dan menjadi isteri ketiga.

Artikel Berkaitan: Didakwa Telah Berkahwin, Tash Yong Jadi Isteri Ke-3 Bosskay?

Artikel Berkaitan: Lafaz Cerai Melalui Video, Boss Kay Akui Takut Bersemuka Dengan Bekas Isteri Gara-Gara…

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Jul 2022
Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Single Harapan Jadi Nyata, Hadiah Aizat Amdan Buat Tun Mahathir Mohamad!

Alhamdulillah… lagu ini sudah 7 tahun dipendam, akhirnya berjaya direalisasikan. Sejujurnya, bapa saya amat kagum dengan perjuangan Tun M.

Featured Wed, 26 Apr 2023
Featured Sat, 27 Dec 2025

“Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini”-  Isa Khan Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Risteena Sudah Berakhir?

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, kapsyen yang disertakan pada hantaran di TikTok miliknya itu dilihat seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini telahpun terlerai.

Featured Tue, 16 Jan 2018

5 Cara Berhadapan Lelaki Curang

Dalam sesebuah perhubungan daftar kata ‘curang’ adalah sangat ditakuti dan selalu diminta dijauhkan sama sekali.

Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Anak Lana Nodin Dibedah Hari Ini, Linda Onn Luah Rasa Sebak

Insya Allah… semoga pembedahan berjalan lancar hari ini. Be strong, Billy!

error: Content is protected !!