Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2023 @ 5:18pm

Susulan Didakwa Kekwat Ketika Disapa Peminat, Ungku Ismail Beri Penjelasan – “Kami Tengah Fokus Nak Dengar Apa Cameraman Suruh Buat”

Pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kembali hangat diperkatakan selepas didakwa bersikap sombong atau kekwat ketika disapa peminat pada Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) baru-baru ini.

Menerusi video tular di TikTok, rata-rata peminat menganggap tindakan yang diberikan oleh pasangan pelakon itu adalah tidak wajar.

“Anak Agong pun friendly. Sebab tu aku tak pernah feeling dan excited tiap kali nampak artis.

“Obviously  nampak kekwat dedua,” komen netizen.

Tidak berdiam diri dengan tanggapan negatif yang diberikan peminat, Ungku tampil bersuara menjelaskan mengenai perkara sebenar menerusi hantaran di Instagram Story.

“Alhamdulillah banyak pahala kami dapat dari cemuhan, kutukan, hinaan, ungkitan amalan dari malam semalam.

“Hanya kerana satu video ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala beramai-ramai. Subhanallah!

“Yang post, yang beritakan, yang sebar, yang mengata. Mahsyar itu benar. Kita sabar nantikan.

“Patience baby, ujian Ramadan @nad.zainal,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Ungku sempat berkongsi tangkap layar mesej (DM) yang dihantar peminat kepadanya.

Ia sekaligus menjelaskan bahawa tindakan yang diberikan mereka ketika itu adalah disebabkan sedang menjalani penggambaran dan fokus mendengar arahan daripada jurukamera.

“Kami tengah shooting, tengah fokus nak tengok dan dengar apa cameraman depan kita suruh buat,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Nad Zainal juga ada memberikan respons mengenai perkara ini dengan mengatakan dia sudah lali dengan kontroversi yang mengatakan dirinya dan suami sombong.

“Hal sombong-sombong ni saya dah tak nak fikir. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain.

“Kadang-kadang, mungkin silap saya la juga kot. Muka saya ketat ke apa jadi orang salah faham. Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberi layanan sama rata kepada semua orang.

“Yang saya tahu saya jumpa orang selfie, saya happy je. Saya dah penat,” jelasnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Disapa Peminat, Netizen Dakwa Nad Zainal, Ungku Ismail Beri Reaksi ‘Kekwat’? – “Senyum Pun Tidak”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Mungkin Saya Tak Beri Layanan Sama Rata, Muka Ketat.. Jadi Orang Salah Faham,” – Dilabel Sombong, Nad Zainal Akui Sudah Lali

ARTIKEL BERKAITAN: “How I Wish Attitude Akak Secantik Muka” – Dianggap Sombong, Peminat Luah Rasa Kecewa… Ini Respons Nad Zainal

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Jenazah Ibu Mawi Selamat Dikebumikan

Jenazah ibu kepada Asmawi Ani, Ramlah Sarlan, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak Kulai, Johor pada jam 11 pagi tadi. Terdahulu, Mawi telah mengimamkan solat jenazah di rumahnya di Teratak Bonda […]

Events Mon, 26 Feb 2018

Akhirnya Abam Tinggalkan BBB 2018

Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.   Namun, rezeki tidak berpihak kepada […]

Featured Mon, 19 Apr 2021

Mas Idayu & Ziana Zain Bermadu?

Penyanyi, Mas Idayu mengakui lakonannya kali pertama dalam Drama Kampung Kolestrol bergandingan bersama Ziana Zain merupakan satu pengalaman yang mengujakan. “Sebenarnya ini kali pertama mummy berlakon seumur hidup. Dalam drama ini, watak saya sebagai ketua […]

Featured Fri, 23 Aug 2024

Berpeluk Cium Pipi Dengan Zarina Zainuddin, Kini Ira Kazar Dilantik Jadi Duta Produk Aliff Syukri! Luah Nak Jadi Penyanyi Pula?

Wow! Makin mencurah-curah ek rezeki Ira. Mana tau lepas ni jadi penyanyi pula kan?😍

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

Mickey Ayo Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Nora Danish – “Saya Bergurau Bila Cakap…”

Mickey Ayo sifatkan Nora Danish wanita tak kuat merajuk, ada ‘heart of steel’

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Rossa Bengang Dituduh Buat Pembedahan Wajah?

Penyanyi terkenal dengan lagu Aku Bukan Untukmu ini menjelaskan bahawa penampilannya yang berbeza di dalam gambar kerana… 

error: Content is protected !!