Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 27, 2018 @ 1:00am

Ini Bukan Kes Syok Sendiri! Tudung Superman Dikecam Netizen

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar mengakui terdapat komen negatif daripada netizen setelah tudung keluaran Syarikat Fareeda dikeluarkan baru-baru ini.

Bagaimana pun, Fizo mengakui tidak boleh memaksa pembeli untuk menggemari tudung tersebut memandangkan setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza. 

Namun, Fizo dan Fareeda sendiri amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan DC Comic  sejak tahun lepas lagi.

“Kami bukan syok sendiri nak letak logo sesuka hati. Tetapi Fareeda ditawarkan untuk berkolaborasi dengan syarikat tersebut. Hasilnya koleksi DC Comic Super Heroes yang menggunakan logo Batman, Superman, dan Wonder Woman. Bagi penggemar karakter tersebut memang komen yang kami terima adalah positif tetapi tidak dibafikan bahawa terdapat komen dan juga respon yang kurang sedap di dengar.” Katanya yang ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di Restoran Fizo Mawar, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Tambahnya lagi, koleksi tudung tersebut akan dipasarkan di semua butik DC Comics di Malaysia, Singapura dan beberapa negara Timur Tengah. 

Wah! apapun tahniah diucapkan buat Fizo dan isteri kerana syarikat Fareeda merupakan syarikat sulung bumiputera yang menjalinkan kerjasama dengan DC Comics.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

陈美娥开拍电影《幸福密码》港星林文龙加盟

「阿姐」陈美娥开拍公益电影《幸福密码》,力邀「型男」林文龙加盟齐献爱心。

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

Featured Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

ALTIMET UCAP SELAMAT TINGGAL PADA PENTAS AJL?

Bagi Altimet, keputusan ini dibuat untuk memberi laluan kepada penyanyi rapper lain untuk beraksi dipentas yang cukup berprestij ini. Seterusnya, menyangkal dakwaan bahawa Altimet mengambil keputusan ini kerana dikatakan sudah give up

Hiburan Mon, 3 Mar 2025
error: Content is protected !!