Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 12, 2023 @ 8:00pm

Anjur Program Ramadan Madani: Titipan Kasih, Buletin FM & Usanita Sumbang 1,200 Bakul Makanan & Pek Iftar

Menerusi program Ramadan Madani: Titipan Kasih, Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa menyumbangkan lebih 1,200 sumbangan berbentuk barangan makanan dan juadah berbuka kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Diagihkan di Masjid Jamek Kampung Baru, sejumlah 220 bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan oleh Usanita serta Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.

“Selain itu, sejumlah 1,000 juadah pek makanan untuk berbuka puasa disumbangkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.

“Kita memilih Kampung Baru kerana fokus kita adalah membantu golongan miskin bandar dan asnaf sebagai sebahagian program sumbangan sempena Ramadan yang dilaksanakan setiap tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan.

Adzliana ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, semalam.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tambah Adzliana, mereka juga meneruskan inisiatif murni itu kepada golongan mahasiswa pada hujung minggu ini.

“Selain program di Kampung Baru, kita juga akan memperluaskan sumbangan ini kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Sabtu ini.

“Semoga projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung golongan yang memerlukan, dengan hasrat kita untuk membantu dan berkongsi rezeki,” katanya.

Program sumbangan yang bermula selepas selesai solat Asar itu turut menyaksikan kehadiran pengacara terkenal, Awal Ashaari dan selebriti, Zoey Rahman, selain penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir dan Marsila Hassan yang bersama-sama mengagihkan bakul makanan dan pek iftar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jun 2022

“Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Puteri Sarah akhirnya saman Ira Kazar yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya.

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Kmy Kmo, Luca Sickta Lancarkan Single ‘Kertas Wangi’

Kmy Kmo & Luca Sickta terus konsisten mengangkat adat serta warisan budaya dalam karya apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Kertas Wangi.

Trending Fri, 10 Apr 2020

Sabah Terima 3 Juta ‘Mask’ Hari Ini Untuk Diedarkan!

Rakyat Sabah akhirnya boleh menarik nafas lega

Trending Fri, 23 Jun 2023

Jalaludin Hassan Dedah Punca Sakit, Kesal Tidak Ambil Serius – “Mulanya Saya Rasa Seperti Dah Pulih…”

Semoga jadi iktibar kepada orang ramai.. Min doakan Datuk Jalal cepat sembuh

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Trending Sun, 8 May 2022
error: Content is protected !!