Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 13, 2023 @ 12:23pm

Dihentam Beri ‘Green Light’ Isteri Bertudung Atau Tak, Awal Ashaari Tahu Hukum Agama

“Saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukan ertinya saya tak kisah”.

Demikian kata pengacara dan pelakon, Awal Ashaari selepas kenyataannya sebelum ini disalah anggap oleh segelintir netizen.

Menurut Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, sebagai seorang suami semestinya dia peka mengenai hukum hakam agama meskipun isterinya, Scha Al Yahya masih belum terbuka hati untuk memakai hijab.

Meskipun begitu, Awal menerima segala teguran yang diberikan netizen dalam masa sama berharap agar peminat menghentikan kecaman sebaliknya terus mendoakan yang terbaik untuk isterinya.

“Bila orang tanya soalan dan orang tu beri jawapan tapi dipersalahkan, sampai bila benda ini akan berakhir kan?

“Saya hargai orang di luar sana mungkin sayang dan mahukan kami berubah, setiap komen itu kami hargai dan akan perbaiki dari masa ke semasa.

“Saya peka mengenai hukum hakam agama ni, masa media tanya mengenai soalan itu pun saya beritahu yang saya tak mahu memaksa.

“Kalau boleh saya tak mahu isteri saya bertudung atas dasar paksaan tapi bukannya erti saya tak kisah, saya takut salah cakap nanti kena kecam lagi tapi kalau boleh biarlah datang daripada hatinya sendiri,” katanya.

Terdahulu, Awal dalam satu kenyataannya memaklumkan, isterinya itu kelihatan manis jika mengenakan hijab namun dia tidak akan memaksa untuk Scha memakai tudung sekiranya masih belum bersedia.

ARTIKEL BERKAITAN:Awal Ashaari Tak Paksa Scha Alyahya Pakai Tudung – “Itu Keputusan Dia, Biar Dia Berubah Bukan Dengan Paksaan”

ARTIKEL BERKIATAN:11 Tahun Perkahwinan, Awal Ashaari Akui Terpalit Ujian Rumah Tangga -“Ada Aib Yang Tuhan Jaga…”

 

Sumber : mStar

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Tue, 19 Jul 2022
Trending Sat, 11 Jan 2020

Kanak Yang Hilang Di Kajang Di Temukan Semula Dengan Ibu Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, telah diserahkan kepada ibu bapanya, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, […]

Trending Tue, 27 Oct 2020
Drama Thu, 14 Dec 2023
Featured Fri, 3 Apr 2026

Yusuf Bahrin Tampil Respons Kenyataan Individu Dakwa Alya Iman Punca Cerai – “Kalau Kau Tak Delete Posting B*d*h Kau Ni Aku…”

Pelakon Yusuf Bahrin tampil bersuara susulan dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengaitkan pelakon Alya Iman sebagai punca perceraiannya dengan bekas isteri, penyanyi Zizi Kirana.

error: Content is protected !!