Featured By: Atiqah Johari April 13, 2023 @ 7:52pm

Tiada Niat Provokasi, Surat Terbuka Syada Amzah Sekadar Luah Rasa Rindu Buat ND Lala

Penyanyi Syada Amzah memaklumkan bahawa surat terbuka yang ditulis untuk bapanya, ND Lala bukan tujuan provokasi tapi sekadar melepaskan kerinduan.

Kata adik kepada penyanyi Shila Amzah itu, tiada istilah membuang bapanya menerusi surat tersebut kerana dia dan adik beradiknya tetap menyayangi ibu bapa mereka walau apa pun terjadi.

“Jika dia (bapa) membuat keputusan untuk kembali suatu hari nanti, kami akan tetap menerimanya. Apa sekali pun, dia tetap darah daging saya dan nama saya berbintikan namanya.

“Jadi, istilah buang bapa ini tidak timbul sama sekali. Tanpa ibu dan bapa, tidak wujudlah kami di dunia ini. Biar apa pun yang terjadi, pasti mereka tahu kami akan tetap sayang mereka.

“Mengenai surat terbuka yang dimuat naik buat bapa, saya sebenarnya tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak sebaliknya luahan saya kepada bapa. Kalau nak cakap tidak dapat kawal emosi pun saya kurang pasti kerana itu apa yang saya rasakan ketika itu.

“Kami adik beradik semuanya rapat dengan bapa dan selalu hari jadinya pasti diraikan bersama-sama. Apatah lagi, ulang tahun kelahiran bapa dan ibu hanya berjarak seminggu saja,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Syada memuat naik surat terbuka buat ND Lala menerusi hantaran di Instagram selepas ibunya, Datin Fauziah Sarman mendedahkan foto isteri baharu suaminya.

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

Artikel Berkaitan: “Betapa Sulitnya Jadi Sekuat Aku” – Kongsi Luahan Hati, Hantaran Isteri ND Lala Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Oct 2019
Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Risteena Dah Nak Kahwin November Ni?

Kita doakan yang baik-baik saja!

Trending Wed, 15 Nov 2017

THESE 5 OMG FACTS ABOUT OIL RIGS WILL BLOW YOUR MIND AWAY

Seeing as Malaysia is a country known for oil and gas, it is important that we learn more this industry even if we’re not directly involved with it.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Isteri Justin Bieber Hamil Anak Pertama?

Wait OMG is that a…APRIL FOOLS!