Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd March 5, 2020 @ 12:54pm

[Terkini] Lagi 14 Kes Baru Dilaporkan Di Malaysia, COVID-19 Kini Berada Di Gelombang Kedua

Penularan wabak Coronavirus di Malaysia kini memasuki gelombang kedua. 

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, seramai 14 lagi kes dikesan positif COVID-19. KKM turut memaklumkan bahawa kes yang terbaru itu mempunyai kaitan dengan kes ke-26. 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan jumlah keseluruhan positif COVID-19 adalah sebanyak 50 kes dan 22 daripadanya sudah dibenarkan pulang. Bermula dari 27 Februari lalu, Malaysia sudah memasuki tahap kedua COVID-19.

“Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan COVID-19 di negara ini merangkumi 22 kes.

“Bagi gelombang kedua, ada satu kluster COVID-19 yang dikenal pasti dan ia membabitkan kes ke-26. Daripada jumlah kontak rapat berkenaan, 16 kes adalah positif, 19 negatif dan 180 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan  bahawa kesemua individu yang dijangkiti dalam kes ke-14 itu menghadiri majlis yang dihadiri oleh individu-individu dalam kes ke-26 lalu. 

Layari TV3 MALAYSIAOFFICIAL dan Buletin TV3 untuk mengetahui perkembangan kes COVID-19 terkini.

 

Sumber: Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Wed, 18 Jan 2023

Tak Terlibat Dengan Adegan Panas Filem Pulau, Ini Respons Ikmal Amry – “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok”

Filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dakwaan ia mempunyai adegan yang tidak bersesuaian untuk dijadikan tontonan umum. Malah, pendakwah bebas PU Syed yang terkenal dengan […]

Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Trending Thu, 23 Aug 2018

Grisly End to Superbiker After Being Dragged by Car for 2km on Highway

The freak accident is definitely not a nice way to go.

error: Content is protected !!