Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2024 @ 1:17pm

Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Punca Perkahwinan 7 Tahun Terlerai – “6 Bulan Kami Duduk Berasingan… Cuba Selamatkan Tapi Tak Berhasil”

Pelakon, Nora Danish menafikan dakwaan masalah kewangan menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama bekas suami, Nedim Nazri.

Memetik laporan Berita Harian, Nora berharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau teori berhubung perpisahannya dengan Nedim.

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.

“Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil,” katanya.

Nora Danish

Nora dan Nedim sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta kira-kira jam 8:40 malam Rabu.

Difahamkan, kedua-duanya bersetuju untuk berpisah secara baik, sekaligus memaklumkan keputusan yang diambil turut diketahui oleh anak-anak mereka.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Nora mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, hasil perkahwinan bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 namun berpisah pada 2008.

Manakala, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

Artikel Berkaitan:  Perkahwinan 7 Tahun Terlerai… Nora Danish, Nedim Nazri Sah Bercerai Talak 1

Artikel Berkaitan: Kemelut Rumah Tangga Masih Belum Selesai, Nora Danish Tertekan & Hiba – “Tunggu Saja Kata Putus Yang Akan Dibuat”

Artikel Berkaitan: Tiada Kaitan Dengan Orang Ketiga, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak – “Buat Masa Ni, Lebih Baik Tinggal Berasingan”

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Rasmi! TV3 Umum AJL40 Berlangsung 15 Ogos Di Unifi Arena, Tiket Mula Dijual Malam Ini

TV3 mengumumkan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Featured Wed, 18 May 2022
Drama Thu, 9 Apr 2026

Dorm 403 Tampil Bongkar Sisi Gelap Sekolah Asrama, Muaz Zabir Bawa Watak Penuh Trauma

Dorm 403 bersiaran selama 13 episod akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

error: Content is protected !!