Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 18, 2022 @ 2:15pm

Bekas Editor Dedah Isi Perbualan & Kisah Terkini Anita Sarawak – “Sebenarnya, Dia Sedih Dengan..”

Selebriti terkenal, Anita Sarawak sudah 12 tahun menghilangkan diri dan sehingga kini, misteri beritanya membawa diri masih belum terungkai.

Malah, pelbagai versi cerita telahpun tersebar kepada umum, namun penyanyi popular menerusi lagu Seksi ini masih tidak muncul mendedahkan perkara sebenar.

Info terbaru mengenai penyanyi berkenaan kali ini didedahkan oleh bekas Editor Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil telah menerima panggilan Anita pada awal Mei yang lalu.

Roslen atau lebih mesra disapa Pak Yen memaklumkan pada awalnya, Anita menelefon adiknya, Shuib Taib namun secara kebetulan dia berada di sebelahnya.

“Akhirnya sesudah 12 tahun berlalu, dapatlah Pak Yen mendengar suara yang sangat-sangat dirindui – Kak Nita dan suami, Abang Mahathir – yang mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, sambil bertanya khabar diri Pak Yen melalui panggilan telefon kepada adiknya, Shuib Taib lewat petang semalam (waktu Malaysia).

“Saya terkejut bila Kak Nita sudi nak berbual dengan saya melalui telefon. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, nak tanya bagaimana kesihatannya sekarang. dan Alhamdulilah beliau dalam keadaan sihat. Dari suaranya sendiri sudah cukup membuktikan Kak Nita kini sihat dan bahagia sekali.

“Tidak banyak perkara kami bualkan menerusi telefon, namun terdapat hal-hal peribadi yang saya tak dapat kongsikan kepada umum demi menghormati permintaan Kak Nita. Perbualan yang amat bermakna itu sudah cukup menggambarkan kebahagiaan Kak Nita & Abang Mahathir selama ini yang digosipkan dgn macam-macam cerita mengarut,” tambah Pak Yen yang juga merupakan penulis lirik.

Dalam pada itu, Pak Yen turut mendedahkan mengenai Anita yang mengakui rasa sedih dengan khabar angin dan berita mengarut tidak betul berkenaan dirinya sepanjang dia berada di luar negara bersama suami tercinta, Mahathir.

Menurut Pak Yen, Anita berasa sedih dengan khabar angin dan berita mengarut yang sama sekali tidak betul mengenai dia dan suaminya di luar negara.

“Sebenarnya Kak Nita sedih  dan kecewa dengan artikel tempatan mengenai desas-desus dia sudah bercerai dengan suaminya, Mahathir. Malah beliau juga terkejut dengan khabar angin mendakwa dirinya sedang sakit” katanya.

Disamping itu, Pak Yen turut memberitahu Anita sempat meminta menyampaikan salam dan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua kenalannya di Malaysia.

“Rasa seronok sangat dapat bercakap dan mendengar suara Kak Nita yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Terubat rindu ini! Mengakhiri perbualan kami, Kak Nita mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua kenalannya di Malaysia dan meminta semua mendoakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, semoga Kak Nita dan Abg Mahathir selamat dlm perlindungan Allah SWT,” katanya.

Untuk rekod, Anita yang merupakan artis kelahiran Singapura ini berjaya menempah nama di Malaysia, selain pernah berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjayanya.

Sehingga kinix Anita tidak dapat dikesan oleh media meskipun acap kali wartawan hiburan mencuba untuk menjejaki penyanyi tersohor, namun sebarang pentujuk langsung tidak didedahkan mengenai keberadaan mereka.

Sumber: Murai.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Sering Jayakan Watak Suami & Bapa Orang, Hariz Hamdan Dah Ramai Penasihat Rumah Tangga

Walaupun baru berusia 24 tahun dan masih bujang, pelakon Hariz Hamdan sering menerima tawaran membawakan watak suami, bapa & lelaki yang jauh lebih matang.

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Mungkin Kita Yang Insecure Sampai Nampak Semua Negatif” – Isu Pempengaruh Didakwa Sombong, Reen Rahim Bidas Kenyataan Mekyun

Menurut Reen, tanggapan negatif terhadap orang lain adakalanya berpunca daripada perasaan sendiri tanpa disedari.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Trending Mon, 16 Dec 2019

这吃药习惯很多人都有!其实很伤身

用药是经常的事情,你可知道,吃药方式不对,就算药没问题,人也会出问题!

Trending Sat, 21 Aug 2021
Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Teruja Punya Pasal…Kak Lina Pom Pom ‘Ditegur’ Shuk Sahar?

Excited punya pasal, sampai terlupa tau!

error: Content is protected !!