Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 11, 2024 @ 6:15pm

Kemelut Rumah Tangga Masih Belum Selesai, Nora Danish Tertekan & Hiba – “Tunggu Saja Kata Putus Yang Akan Dibuat”

Aktres jelita, Nora Danish berkongsi perkembangan terkini isu rumah tangganya dengan suami, Nedim Nazri yang dilaporkan sedang goyah.

Menurut laporan Harian Metro, Nora memaklumkan kemelut rumah tangganya itu masih belum selesai namun berharap mahukan yang terbaik.

Malah, pelakon sitkom popular Puteri itu turut mengakui berasa hiba dan tertekan.

“Kes rumah tangga saya masih belum selesai, tetapi ‘slowly but surely’.

“Saya sudah memberikan kenyataan, jadi tunggu sahaja kata putus yang akan dibuat.

“Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa sesuai dan mendapat keputusan muktamad.

“Terus-terang hal rumah tangga ini terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Saya nak beri kenyataan sekarang pun sangat tertekan dan hiba.

“Tunggu sampai tiba masa sama ada ia atau tidak (berlaku perceraian), semuanya masih dalam proses,” katanya.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, Nora menegaskan tiada campur tangan pihak ketiga dalam kemelut tersebut sebaliknya berlaku tiada kesefahaman.

“Saya dan Nedim sentiasa berbincang sebelum membuat keputusan. Jadi, tiada anasir luar dan tiada siapa yang menghasut kami.

“Cuma dalam hal ini keadaan yang berlaku memaksa kami untuk tidak sebumbung. Semuanya berlaku dalam jalan cerita yang luar biasa,” katanya.

Terdahulu, Nora memaklumkan perkahwinannya dengan Nedim sedang bergolak selepas beberapa desas desus seperti tidak berkongsi foto menyambut hari raya bersama.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 namun berpisah pada 10 Julai 2008.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal, 15.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Konsert Terakhir Bukti Altimet Layak Digelar Lagenda Rap

Rugi siapa yang tak datang tengok persembahan terakhir Altimet malam ini!

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kahwin Dengan Zara Zya? Tak Mungkin Tahun Ini

Saya tak pernah nampak sisi sebegitu pada dirinya. Saya tak pernah bertanyakan hal ini pada dia kerana jika soalan begitu diajukan, bermakna saya percaya orang luar berbanding kekasih sendiri.

Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Featured Fri, 9 Jun 2023

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Tak sabar nak tahu keputusan kes…

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
FESYEN Wed, 20 Feb 2019

Fashion Industry Bids Farewell to the Late Legendary Karl Lagerfeld

May the 21st Century fashion icon rest in peace.

error: Content is protected !!