Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2023 @ 5:01pm

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Kontroversi rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Sukri akhirnya diteruskan selepas aktor itu disahkan waras dan tidak mengalami masalah kesihatan mental.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri  ketika sebutan semula kes berkenaan dan laproan psikiatri di hadapan hakim, Mohd Kafli Che Ali  di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor hari ini.

“Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri  telah diterima dan tertuduh disahkan waras dan kes boleh dibicarakan,” katanya.

Semenatra itu, peguam yang mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan, mahkamah diminat meneliti semula dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnay sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Fokus kita hari ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan kejadian menumbuk Shuhada itu lain.

“Nanti ada sebutan baharu, selepas keterangan semua diteliti dalam bentuk dokumen dan diserahkan, maka baru boleh buat keputusan untuk pertimbangkan kembali kes untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Hafidz hadri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini.

Hakim menetapkan sebutan semula kes bagi kedua-dua pihak adalah pada 17 Julai depan.

Terdahulu, Hafidz hadir ke mahkamah dengan memakai kopiah putih dan diiringi dua peguamnya kira-kira pukul 9 pagi.

Untuk rekod,  pelakon berusia 29 tahun itu didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, pada 13 Mac lalu terhadap pertuduhan sama bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah.

Pada 2 Mac lalu, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri pada 2 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini, jam 3.30 pagi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

 

Sumber: mStar, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Aug 2025
Selebriti Wed, 30 Jul 2025
Featured Sat, 27 Dec 2025

“Lepasni Aku Tak Nak Komen Dekat Mana-Mana Influencer, Selebriti Lagi Lah….” – Puteri Balqis Kecewa Niat Beri Sokongan Di Salah Tafsir

Aqish nekad untuk tidak lagi meninggalkan komen terhadap mana-mana pempengaruh mahupun selebriti selepas ini.

Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Trending Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

11 Tahun Bersendiri, Anak Tak Izin Azharina Cari Boyfriend?

Pernah satu ketika dia datang kepada saya dan tanya ‘Mummy ambil Rahmat dekat mana?

Featured Mon, 27 Dec 2021

“Kenapa Siap Tidur Dekat Situ?”- Berkhemah & Berjaga Di Kubur, Rupa-Rupanya…

Satu video di TikTok yang menunjukkan tiga orang individu sedang duduk dan berbaring di sebelah sebuah kubur telah menimbulkan pelbagai pertanyaan netizen. Video yang dimuat naik oleh @oreo_bamban itu disertakan kapsyen, “Jaga mental kalian walaupun […]

Hiburan Wed, 10 Sep 2025

Jadi Pemandu Lalamove, Netizen Puji Semangat Ubai Gigih Cari Rezeki

Netizen puji suami Shila Amzah merendah diri jadi pemandu lalamove

Featured Mon, 3 Jul 2023
error: Content is protected !!