Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 19, 2023 @ 5:46pm

Penuh Tawa Dan Emosi, PETRONAS Angkat Irama Tradisional

Setiap tahun, pelbagai syarikat korporat dan usahawan tempatan di Malaysia akan berlumba-lumba menghasilkan iklan raya mereka.

Kebiasaannya, iklan raya mengandungi mesej tersendiri yang sarat dengan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan budaya Malaysia.

Antara paling ditunggu saban tahun pastilah iklan raya daripada syarikat PETRONAS yang kreatif, menghiburkan serta penuh dengan mesej tersendiri.

Jika tahun lalu, PETRONAS memperkenalkan drama bersiri sepanjang tahun menggabungkan kesemua perayaan, kali ini PETRONAS menghidangkan kisah penuh suka-duka, penuh tawa dan emosi dengan keindahan budaya dan warisan Malaysia menerusi “Dilema Irama”.

Karya kreatif PETRONAS kali ini turut mengetengahkan intipati Aidilfitri melalui jalan ceritanya yang penuh dengan emosi serta gubahan lagu-lagu asli yang membawa penonton mengembara ke dalam perjalanan penemuan diri dan hubungan kekeluargaan.

Diarahkan oleh pengarah filem tempatan terkemuka Hyrul Anuar, “Dilema Irama” mengisahkan tentang seorang ayah dan anak lelakinya yang berkongsi minat dalam bidang muzik walaupun berbeza pandangan dan genre.

Nadim, seorang komposer muzik kontemporari, dengan berat hati bersetuju untuk bermain gambus untuk kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa.

Namun, persembahan itu berakhir dengan tercetusnya konflik antara mereka berdua sehingga mengguris perasaan.

Menelusuri kisah tersebut, penonton bakal menyaksikan bagaimana hubungan anak-beranak ini terjalin lebih utuh melalui muzik.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz. – FOTO PETRONAS

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata “Irama tradisional merupakan warisan kita yang indah.”

“Ia menggambarkan budaya masyarakat turun-temurun yang kaya dengan seni dan adab yang tinggi.

“Alunan lagu raya inilah yang menjadi inspirasi PETRONAS dalam menerbitkan “Dilema Irama”, yang turut menampilkan tiga buah lagu gubahan asli.

“Seiring dengan tema perayaan kami pada tahun ini iaitu ‘Akar untuk Masa Depan’, kami berharap kisah ini berupaya untuk menanam semula rasa bangga dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan adat resam di Malaysia,” katanya.

Ketahui kesudahan kisah dua beranak ini menerusi filem penuh irama dan emosi ini di saluran media Youtube dan Facebook rasmi PETRONAS.

Oh ya, korang juga boleh dengar dan strim kesemua OST filem pendek “Dilema Irama” yang kini tersedia di Spotify, Apple Music, Youtube dan platform penstriman digital utama yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Sun, 18 Feb 2024

Wow, Applecrumby® Nak Bagi Tiket AJL Dengan Pengalaman VIP Secara Percuma! Macam Mana Caranya?

Ramai yang tidak sabar menantikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 pada 3 Mac nanti, mana tidaknya barisan finalis tahun ini semuanya hebat-hebat dan super popular. Dimeriahkan pula dengan konsep ekstravaganza melalui tema Muzikaverse, […]

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Ikatan Kekeluargaan Lebih Erat Terjalin Bersama PICO

Setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam bakal meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda kemenangan.  Lebaran juga adalah kesempatan terbaik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.  Dengan […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Kekal Mulus, Berseri Di Pagi Raya Dengan Kiehl’s

Apabila tiba musim perayaan, pasti ramai sudah mula sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan duit raya. Namun, bagaimana pula dengan penampilan wajah? Wajah yang kelihatan lesu dan kusam akan menjejaskan penampilan anda di pagi raya sekali gus […]

Anugerah Mon, 20 Mar 2023

Alha Alfa Dimensikan Anugerah Gilang Gemilang AJL 37!

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics pada malam 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dengan 5.4 juta capaian tontonan di TV3 dan 1.75 juta capaian di platform digital. Sementara […]

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu […]

Replicated Draft Thu, 8 Feb 2024

Anak Lebih Selesa, Kaki Lebih Segar & Tak Berbau Dengan Kasut Sekolah Bata Antibakteria Ni!

Dah masuk musim kembali ke sekolah. Biasanya mak ayah yang paling sibuk buat persiapan anak ke sekolah. Banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan seperti pakaian, beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Antara barang wajib ada, mesti […]

Replicated Draft Mon, 8 Apr 2024

[VIDEO] Raya Dah Tak Sama? Iklan Raya Ni Kongsi Momen Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua!

Bukan mudah nak biasakan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi apabila hampir kesemuanya berbeza. Adakah raya masih sama? Bagaimana pula dengan juadah yang ada? Banyak persoalan yang akan bermain di minda. Tetapi itu bukan halangan untuk […]

Oh Lawa Thu, 18 Jan 2024

Kulit Kusam & Banyak Bintik Hitam? Ini 4 Penyebab Utama Yang Korang Perlu Tahu!

Kulit kusam dan semakin banyak bintik hitam muncul di wajah? Kenapa jadi macam tu? Apa puncanya? Macam mana nak rawat masalah ini? Meh sini min kongsikan 4 penyebab utama bintik hitam & kulit kusam terjadi […]

Replicated Draft Thu, 30 Nov 2023

Korang Tahu Tak Hari Demi Hari Kulit Kita Kehilangan Kolagen? Ini Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Atasinya!

Kolagen merupakan komponen penting yang memberikan struktur kepada kulit. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit mengendur dan berkedut. Dalam erti kata lain, kolagen membuat kulit kelihatan anjal dan berseri. Namun begitu, seiring berlalunya hari dan […]

Replicated Draft Thu, 3 Aug 2023

Ubat Gigi Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was? Ini Cerita Menarik Tentangnya!

“Gunakan tanpa was-was” Haa.. Korang yang lahir tahun 90-an ingat lagi tak dengan tagline ni? Tak lain dan tak bukan, ini la tagline popular daripada jenama ubat gigi Zaitun. Ubat gigi ni sangat ikonik pada […]

error: Content is protected !!