Euforia Bola 2026
Anugerah By: Nabihah March 20, 2023 @ 11:45am

Alha Alfa Dimensikan Anugerah Gilang Gemilang AJL 37!

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics pada malam 12 Februari lalu berlangsung penuh meriah dengan 5.4 juta capaian tontonan di TV3 dan 1.75 juta capaian di platform digital.

Sementara lebih 8,000 peminat muzik tanah air membanjiri Axiata Arena bagi menyaksikan acara penuh berprestij itu secara langsung demi menyokong barisan selebriti kegemaran mereka pada malam tersebut.

Aina Abdul bergelar juara, Khai Bahar terima Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja

Kredit foto: eCentral

Lagu Terus Hidup ciptaan dan nyanyian Aina Abdul diangkat sebagai juara pada malam tersebut sekaligus melayakkan Aina untuk membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM100,000.

Lebih manis lagi, Aina juga turut memenangi kategori vokal terbaik dan menerima RM12,000 berserta sebuah trofi.

Kredit foto: eCentral

Sementara tempat kedua diduduki SonaOne & Joe Flizzow menerusi lagu Suatu Malam Di Temasek dan tempat ketiga jatuh kepada Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM30,000 bersama trofi.

Persembahan penuh bersemangat Shiha Zikir untuk lagunya Irama ternyata membuahkan hasil apabila berjaya meraih Anugerah Persembahan Terbaik. Beliau menerima wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Kredit foto: eCentral

Anugerah Khas Penyanyi Pilihan Penaja pula jatuh kepada Khai Bahar yang menyanyikan lagu Sengsara apabila berjaya mendapat undian tertinggi di aplikasi TikTok. Menerusi kategori ini, Khai berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Alha Alfa bangga dapat sokong industri muzik tanah air

Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Alha Alfa terdahulu berkata kepada OHBULAN! beliau melihat AJL 37 sebagai satu platform yang baik untuk menunjukkan sokongannya terhadap barisan selebriti tanah air.

Beliau juga bangga dapat menjadi sebahagian daripada AJL 37 sekaligus dapat mengetengahkan gabungan tema ‘Dimensi Muzik’ bersama solekan yang baginya telah meninggalkan kesan yang memukau di hati penonton.

Meskipun tak mudah namun kreativiti yang ditunjukkan barisan jurusolek menggunakan produk Alha Alfa Cosmetics ternyata telah menjadikan visual solekan pada malam tersebut lebih menyerlah.

Dapatkan Set Dimensi khas sempena AJL 37

Bersempena dengan AJL 37 yang lalu Alha Alfa Cosmetics telah memperkenalkan Set Dimensi, ia dilengkapi dengan serum kolagen yang mengandungi foundation serta lip booster.

Set ini sesuai untuk korang yang mahu tampil lebih natural tanpa solekan tebal. Apa yang lagi best, ianya juga boleh merawat kulit korang agar kekal sihat dan menawan.

Set Dimensi kini boleh didapati dengan harga RM59.90 sahaja berbanding harga asal RM79.90. Pembelian boleh dibuat melalui TikTok @alhaalfaofficial. atau laman web rasmi mereka di SINI.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Mon, 21 Aug 2023

Terharu Pulak Tengok Iklan Merdeka Ni, Terasa Semangat Patriotisme Tu!

Bulan Ogos dah tiba! Beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66. Mesti banyak aktiviti yang korang dah plan cuti panjang merdeka ni kan? Bukan tu je, yang paling dinantikan adalah iklan-iklan […]

Replicated Draft Tue, 25 Mar 2025

Nikmati Kopi SUPER™ Sepanjang Ramadan, Mood Padu Setiap Hari!

Bulan Ramadan bukan sekadar waktu menahan lapar dan dahaga, tapi juga bulan penuh kenangan dan kebersamaan. Dari sahur yang masih mengantuk sampai berbuka yang penuh kenikmatan, satu perkara yang boleh buat hari korang lebih menyegarkan […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Rebut Tawaran Sehingga RM1.5 juta Bersama LBS Fabulous Extraaaa 2023

Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan tawaran eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi kempen ‘LBS Fabulous Extraaaa 2023’. Lebih menarik, pembeli rumah bagi mana-mana projek […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Raya Ni Siapa Yang Masih Single? Yang Pasti Syafiderella Dah Jumpa Jodoh, Tapi Siapa Syafiderella Ni?

Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi, nampaknya golongan yang single tu dah kena bersiap-siagalah dengan pertanyaan tentang jodoh dan perkahwinan. Bila dah berkumpul beramai-ramai dengan sanak-saudara, sudah semestinya siapa-siapa yang tengah solo atau forever alone […]

Replicated Draft Fri, 8 Mar 2024

Sambil Shopping Raya Pun Boleh Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang. Bestnya!

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?. Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk […]

error: Content is protected !!