Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 17, 2023 @ 11:32pm

[VIDEO] Meremang! Suara Maryam Durian Kimchi Bikin Netizen Cair, Ramai Request Minta Buat Album

Pempengaruh media sosial popular, Mariam Younarae atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Durian Kimchi sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video nyanyiannya di TikTok.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, Mariam kelihatan sedang membawakan lagu yang dipopularkan oleh Jang Deok Cheol berjudul Good Old Days sambil memakai jubah berwarna coklat.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah tiada siapa menyangka suara gadis korea berasal dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan ini merdu seperti penyanyi profesional.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap nyanyian Maryam sehinggakan  ada yang meminta ibu kepada seorang cahaya mata ini tampil dengan album singlenya.

Tidak habis disitu, terdapat segelintir pengikut Maryam yang berseloroh bahawa mereka seolah-olah terlupa dia sebenarnya merupakan wanita berasal dari Korea Selatan dek kerana cara sebutannya yang fasih.

“Pandai dia nyanyi lagu Korea, tak salah pun sebutan dia.

“Bukan kaleng-kaleng sedap suara Maryam.

“Meremang bulu dengar Maryam menyanyi. Pandai betul.

“Pandai Maryam nyanyi lagu Korea sebutan pun tak ada salah. Bolehlah buat album single.

“Pandainya dia nyanyi. Mesti selalu tengok K Drama,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dengan lebih 19,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 25 Dec 2022

Meriah! Konsert 7Belas 6ixth Sense Hiburkan 1,400 Peminat

Konsert 7Belas 6ixth Sense terbaik 😍

Trending Mon, 9 Aug 2021
Events Wed, 5 Feb 2020
Hiburan Tue, 30 Dec 2025

Isu Buang Barang Peribadi Tanpa Izin, Peguam Sahkan Dr. Fie Bakal Lapor Polis & Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Akberdin menegaskan, ketika kejadian berlaku prosiding tuntutan harta sepencarian antara kedua-dua pihak masih berjalan

Featured Wed, 20 Mar 2024

Jalani Pembedahan, Gelagat Harris Annuar Bikin Berdekah -“Medina Dah Form 1, Siapa Ambik Report Card Dia?”

Mak aih, kelakar lah! 🤣🤣🤣 tak oernha tak lawak tau laki bini ni.

familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

error: Content is protected !!