Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 8, 2017 @ 3:14pm

Caj Pindah Wang Segera Atas Talian Dimansuhkan Tahun Hadapan

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil pelbagai cara untuk meningkatkan platform e-pembayaran bagi mengaplikasikan ekonomi digital sekali gus menggerakkan negara ke arah masyarakat tanpa tunai.

Tan Sri Muhammad Ibrahim selaku Gabenor BNM berkata, mulai 1 Julai 2018, cas 50 sen untuk Pemindahan Segera akan diamansuhkan bagi pemindahan sehingga RM5,000 untuk setiap transaksi oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Walau bagaimanapun bayaran cek akan dinaikkan daripada 50 sen ke RM1.00, bermula 2 Januari 2021 untuk menunjukkan kos pemprosesannya yang lebih tinggi.

“Ekonomi digital yang meningkat, akan memerlukan kaedah e-pembayaran, yang merupakan komponen kritikal yang boleh meningkatkan produktiviti selain lebih cekap dari segi kos,” katanya.

Setelah BNM melancarkan pelan e-pembayaran 10 tahun 2011 dan setakat ini jumlah-jumlah cek telah mengalami kemerosotan sebanyak 42% daripada 205 juta pada 2011 kepada hanya 120 tahun ini.

Kata Tan Sri Muhammad lagi, “Pada kadar penurunan semasa ini, kita dapat mencapai sasaran mengurangkan penggunaan cek kepada 100 juta pada 2019, setahun lebih awal daripada jadual.

Beliau juga mengatakan teknologi pembayaran kini lebih maju, berskala dan berkos rendah yang memberi manfaat kepada peniaga secara langsung memandangkan kos operasi mereka dapat diturunkan menerusi ‘Quick Response’ (Kod QR).

“Kebanyakan rakyat Malaysia dijangka membawa kad debit dan telefon bimbit, dan pada masa ini, terdapat 45.4 juta kad debit dan langganan telefon bimbit sebanyak 42.8 juta. Kita perlu memanfaatkan dan mengoptimumkan medium ini,” jelasnya.

BNM telah mengeluarkan Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Operasi (ICTF) bagi menggalakkan penggunaan pembayaran kod QR.

“Buat pertama kalinya dalam sejarah, pelanggan bank dan bukan bank tidak lama lagi akan dapat memindahkan dana dalam keseluruhan rangkaian, dengan merujuk kepada nombor telefon bimbit, nombor pengenalan atau kod QR,” katanya lagi pada Forum dan Pameran Sistem Pembayaran Kuala Lumpur hari ini.

ICTF akan meningkatkan perlindungan pelanggan dan keyakinan mereka untuk menggunakan perkhidmatan pemindahan kredit.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Nov 2024

“Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita 

Menerusi hantaran berkenaan, seseorang itu perlu dilayan dengan baik dan penuh rasa hormat sesuai dengan apa yang telah diberikannya.

Trending Thu, 8 Aug 2019

Punca Kemalangan Ambulans, Pemandu Dan Pesakit Maut

Kali ini pemandu ambulans dan pesakit maut dalam kemalangan

Featured Wed, 24 Jan 2024

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Wah, kalau bulan puasa famous dengan jingle Yusuffff Taiyooob, ni baru pulak Wahdiniiiiiiiii❤️

Featured Wed, 2 Jun 2021

“Jangan Pilih Influencer Sebab Terkenal, Perlu Tengok Bakat ” – Osman Ali

Baru -baru ini tular di media sosial mengenai kritikan orang ramai terhadap seorang influencer yang menjadi heroin drama terbaru. Menurut pengarah filem, Osman Ali, bakat dan kredebiliti pelakon itu sangat penting namun beliau juga berpendapat […]

Hiburan Wed, 3 Sep 2025

Isteri Faisal Halim Luah Rasa Rindu Pada Anak – “Mummy Yakin Nanti Kita Akan Jumpa”

Isteri Faisal Halim, Syazwani beri bayangan dah lama tak jumpa anak

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
error: Content is protected !!