Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 17, 2023 @ 6:23pm

[VIDEO] Isteri ND Lala Sebak Terima Kejutan Daripada Anak Sempena Birthday, Netizen Komen: “Nampak Seribu Satu Kesedihan Yang Dia Pendam”

Isteri kepada Datuk ND Lala, Datin Fauziah Sarman sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila memuat naik sebuah perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie itu memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia menerima kejutan daripada anak-anak sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Lebih manis, kejutan tersebut dibuat oleh anaknya yang juga penyanyi, Syada Amzah.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Fauziah dilihat sebak lalu mengalirkan air mata saat memotong kek.

“Terima kasih anak-anak baru dan lama,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada ibu penyanyi, Shila Amzah itu.

Namun ada juga yang meluahkan rasa sebak melihat saat Fauziah memotong kek tersebut, seolah-olah menyimpan perasaan sedih dalam diri.

“Saat mamazie potong kek tu, nampak 1001 kesedihan yang dia pendam. Mungkin juga teringat kenangan-kenangan lama tapi end up tak dihargai,” tulis seorang warganet di ruangan komen.

Fauziah menjadi perhatian susulan dia membuat pendedahan wajah wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya, ND Lala di Instagram miliknya.

Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019
Filem Thu, 23 Apr 2026

Teaser Raih 3 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang 24 Jam, Filem ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk

Filem seram Polong mula mencuri perhatian walaupun belum ditayangkan di pawagam apabila teaser rasminya berjaya meraih lebih 3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan.

Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Saleem Masih Hidup, SENIMAN Minta Netizen Jangan Terpedaya Berita Palsu

SENIMAN menadah tangan memohon kepada Allah supaya penyanyi Suci Dalam Debu itu segera sembuh seperti sedia kala. Insya Allah…

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

BERJUBAH, IMEJ BARU ZUL ARIFFIN

Gambar yang baru sahaja dimuat naik itu telah mendapat 104,642 likes dan ribuan komen dari peminat-peminat beliau yang  mencapai purata 1.8 juta followers

error: Content is protected !!