Euforia Bola 2026
Drama By: Syamir Shafie October 9, 2023 @ 12:53pm

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Bukan mudah untuk melepaskan perasaan dendam di hati, namun lebih sukar bagi Erina untuk menerima masa silam. Dengan gandingan kekasih rahsianya Hadi, Erina bertekad untuk menghancurkan kehidupan Raif yang sudah berumahtangga atas dosa-dosa yang dilakukannya pada masa silam. Adakah Erina akan berjaya membalas dendamnya terhadap Raif?

Terbaharu di slot Samarinda, drama berjudul Haloba akan disiarkan di kaca televisyen bermula, 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim HD secara langsung di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini merupakan hasil karya Kent Tan dan Chooi Keen dan diarahkan oleh Emi Suffian. Drama bersiri Haloba yang mempunyai 15 episod ini menggandingkan barisan pelakon popular tanah air seperti Afifah Nasir, Aiman Hakim, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin dan ramai lagi.

Haloba mengisahkan Erina (Afifah Nasir) yang pulang ke Malaysia untuk membalas dendam terhadap Raif (Aiman Hakim) dengan pertolongan Hadi (Syaffiq Sahli) dalam misinya. Sebagai permulaan misinya, Erina berjaya mendapat pekerjaan di syarikat pembangunan milikan Raif. Namun rancangannya untuk menghancurkan kehidupan Raif ini tidak semudah yang disangkakan kerana isteri pertama Raif, Aliya (Sherry Ibrahim) dan ayahnya, Dato Kamal (Hilal Azman) merupakan orang yang berkuasa di dalam syarikat tersebut.

Misya (Shiqin Kamal), isteri kedua Raif merupakan seorang bekas pelakon filem yang popular. Misya seorang yang bijak dan ini membuatkan Erina perlu lebih berhati-hati. Erina sanggup untuk membuat apa sahaja demi dapat mencapai matlamat menghancurkan Raif dan keluarganya.

Menurut Afifah Nasir yang diangkat sebagai watak utama drama slot Samarinda ini, “Drama Haloba ini memang bertemakan tentang pembalasan dendam. Jadi, watak yang saya pegang kali ini, dia agak berlainan juga lah dari watak-watak yang saya pernah lakonkan dulu, sebab walaupun dalam konteks drama ini Erina mungkin bukan antagonis tapi dia punya perwatakan itu sendiri bagi dia nampak macam watak jahat la! Itu bagi saya agak istimewa kerana perwatakan begini membuatkan watak itu lebih kompleks. Jadi, saya harap kaki-kaki drama di luar sana dapat enjoy drama ini sebab jalan cerita dia memang best!”

Nantikan lakonan hebat daripada Afifah Nasir, Aiman Hakim, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal, Ieda Moin dan ramai lagi menerusi slot Samarinda ‘Haloba’ yang telah mula bersiaran pada 3 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Suami Beri RM50 Untuk Barang Kecantikan Isteri, RapidKL Dikecam Perbaiki Servis Sebelum Menegur & Niaga ‘Cedok Live’ Haram Sampai Peniaga TikTok Tukar Ke Cara Timbang

Bosan dengan isteri tak jaga penampilan diri, lelaki berniat nak kawin lagi? Rapid KL kena sembur! Trend niaga Timbang jadi ikutan? Fuhhh, tu dia segmen #WhazzupNetizen minggu ini!

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Ibu Sheila Mambo Meninggal Dunia, Al- Fatihah…

Pelakon berusia 56 tahun ini turut memohon agar Allah SWT menempatkan roh ibunya bersama golongan para syuhadah.

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

四叶草客串演出泰国爆笑爱情喜剧《限时好友》

马来西亚「查某」Joyce四叶草再次冲出马来西亚参与泰国电影拍摄!

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Princess Suzie didakwa tak bayar sewa, rumah sewa bertimbun seperti hutan

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Biar Betul Jihan Muse Caras Janna Nick?

Jihan Muse sebagai rakan pengacara Ajak, pastinya Jihan mampu mencuri perhatian penonton dengan lawak dan sikapnya yang kelakar.

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Tue, 24 Mar 2026

Ayda Jebat Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Tunggu Balik Kampung Lepas Usia Anak Genap Setahun – “Datuk & Nenek Mereka Akan Datang KL Kalau Nak Jumpa”

Ayda dan suami memilih untuk tidak pulang ke kampung pada Aidilfitri tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

error: Content is protected !!