Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 18, 2023 @ 1:40pm

Syamsul Yusof Enggan Cerai Puteri Sarah, Gagal Capai Persetujuan

Pengarah sensasi Syamsul Yusof, 39 enggan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, selepas gagal mencapai persetujuan bersama yang dibuat tempoh hari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul, proses prosiding hari ini tidak mencapai persetujuan.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding tersebut dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

“Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah. Berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain,” katanya.

Bukan itu sahaja, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada sebarang persetujuan.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan bahawa Syamsul untuk melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 23 Nov 2018

鍾瑾桦再战舞曲!12月发全新马来单曲

刚从越南返马的鍾瑾桦,目前正筹备第二首马来单曲;他预告新歌将尝试舞曲风格的路线,预计将在下个月发行。

Events Wed, 13 Dec 2023

Incubus Pilih Malaysia Sebagai Lokasi Konsert Jelajah Asia 2024

Incubus Live in Malaysia gais! Can’t wait!!!!🔥

Featured Wed, 7 May 2025
Featured Thu, 25 Jul 2024

Tiada Persefahaman Punca Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu

Moga keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk pasangan ini😎✌️

Featured Mon, 30 Sep 2024
Trending Wed, 25 Mar 2020
Contest Thu, 15 Aug 2019

Berhibur Sambil Menang Wang Tunai Bernilai RM2K !

Hantarkan jawapan dan slogan yang kreatif okay!

error: Content is protected !!