Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2023 @ 9:27am

[VIDEO] Didakwa Ada Anak Luar Nikah, Madammu Tampil Bidas Netizen Mulut Puaka! – “Tunggu Surat Saman Saya”

Pengasas produk Noir, Madammu tampil menempelak komen netizen yang dianggap kurang ajar gara-gara mempersoalkan status anaknya Ahmadi yang dianggap anak luar nikah.

“Ahmadi anak luar nikah Madammu ke?,” soal netizen berkenaan.

Menerusi video tular siaran langsung di TikTok, Madammu meluahkan rasa berang setelah membaca komen tersebut dan berniat untuk menghantar surat saman kepada individu berkenaan.

“Hey! Sampai hati cakap macam tu. Yang, tolong screenshot komen ni. Kita saman dia! Saya hantar surat saman..

“Tak kisah la awak pakai akaun palsu, awak cakap anak saya luar nikah? Kurang ajar betul. Saya ada team IT dimana boleh trace awak punya komen ni.. saya akan hantar surat saman!,” ujarnya.

Madammu atau nama sebenarnya Eyrica Baiduri Abdul Rashid bagaimanapun membatalkan tuntutan saman itu kerana menganggap individu itu tidak sengaja berkata sedemikian.

“Tapi tak perlulah. Kesian pula dekat dia.. Mungkin dia bergurau saja,” katanya.

Susulan itu, suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang setia disamping isteri tercinta menjelaskan kepada segelintir pihak bahawa Madammu menjaga anak-anaknya bersama arwah isteri.

“Sebenarnya, Ahmadi, Zara, Qally adalah anak saya dengan isteri arwah yang dah meninggal. Tak apalah, saya maafkan dia. Madam adalah isteri yang baru,” ujar suaminya.

Terdahulu, Madammu yang kini sedang sarat hamil melalui cara ‘In-vitro Fertilization (IVF) mengakui reda akan bersalin dengan kaedah caesarean (czer) akibat kandungannya yang berisiko.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Berisiko! Madammu Reda Terpaksa Jalani Proses Bersalin Czer – “Tak Ada Rezeki  Nak Bersalin Normal”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Trending Mon, 25 Jan 2021
Featured Sat, 15 Apr 2023
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

BE PREPARED TO SAY GOODBYE TO ED SHEERAN BECAUSE HE’S GONNA QUIT MUSIC

Ed Sheeran has confirmed his leave from the music scene in a recent interview!

Featured Fri, 2 Dec 2022

Tarbiah Netizen Tak Qada Solat: “Kena Ke Neraka Dulu Baru Syurga” – Ustaz Wadi Anuar

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar memberi pesanan kepada warganet yang pernah meninggalkan solat. @zikirselalu Qadha solat #fypシ #ustazwadiannuar ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok oleh @zikirselalu, […]

Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Seperti pinang dibelah dua!

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

Sophia Albarakbah Gementar Bergandingan Dengan Remy Ishak – “Dia Nampak Sangat Tegas!”

Sophia Albarakbah gementar mahu bergandingan dengan Datuk Remy Ishak.

error: Content is protected !!