Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 9, 2017 @ 2:36pm

Berdebar Juga Bila Tengok Ada Yang Menangis

Kehadiran Zeth Simon, 23, sambil memegang kain pelikat mencuri tumpuan orang  ramai ketika Majlis Khatan Perdana Anjuran Pusat Koreksional Perlis di Dewan Serbaguna Pusat Koreksional Perlis berlangsung.

“Berdebar juga bila lihat kanak-kanak sebelum saya keluar dari bilik operasi khatan dalam keadaan menangis teresak-esak,” kata penuntut Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang berasal dari Kota Belud Sabah itu.

Program sehari itu adalah anjuran bersama antara Pusat Koreksional Perlis, Pejabat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping dan Jabatan Kesihatan Negeri membabitkan  24 peserta dan Zeth muncul sebagai peserta dewasa tunggal.

Zeth yang juga penuntut akhir jurusan kejuruteraan industri ketika mengulas keputusan tersebut memberitahu ia menyedari bahawa berkhatan memberikan kebaikkan dari segi kebersihan dan kesihatan kepada seseorang lelaki.

“Saya mengetahui program khatan ini daripada rakan muslim di universiti yang beritahu bahawa mereka terlihat iklan majlis berkenaan di media sosial bulan lalu.

“Merekalah yang banyak membantu dari segi mendapatkan borang di pejabat DUN, malah mengingatkan ia perlu dihantar sebelum 30 November lalu.

“Masa yang diambil untuk siap berkhatan saya anggarkan dalam 10 ke 20 minit, namun apa yang membuat saya lebih bersyukur ialah ketika proses itu dijalankan saya tidak berasa sakit sedikit pun.

“Cuma saya perlu berpantang dari mengambil makanan berminyak, telur dan beberapa makanan lain bagi mengelakkan sebarang jangkitan dalam seminggu dua ini.

“Apapun saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan saya harap cepat sembuh sebelum hujung bulan ini memandangkan musim peperiksaan akhir semester di UniMAP bermula seminggu sebelum akhir tahun,” katanya lagi.

Pengarah Jabatan Penjara Negeri Perlis, Mat Johir Asin @ Hashim dalam pada itu berkata pihaknya bersyukur kerana program khatan edisi pertama itu berjalan lancar.

“Program berkhatan ini julung kalinya diadakan oleh Jabatan Penjara negeri dan untuk edisi kali pertama ini kita menghimpunkan 23 kanak-kanak lima ke 10 tahun dari DUN Chuping dan sebahagian daripadanya anak kakitangan Pusat Koreksional Perlis. Malah kita juga menerima seorang peserta dewasa iaitu Zeth Simon,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Trending Fri, 20 Mar 2020
Featured Thu, 12 Jan 2023

Amir Masdi Pertaruh ‘Sengaja’ Hasil Ciptaan Hang Nadim & Bunga Cantik

Fuh kolaborasi mantap Amir Masdi bersama komposer hebat

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Featured Thu, 7 May 2026

“Dia Ajar Saya Buat Hal Sendiri, Jadi Orang Baik & Berserah Kepada Allah” – Shiha Zikir Sebak Imbau Pesanan Allahyarham Sharifah Aini

Shiha Zikir mengaku tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali  jasa dan pesanan Biduanita Negara, Allahyarhamah Sharifah Aini

Featured Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!