Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 25, 2023 @ 12:47pm

Lafaz Talak Melalui Voice Note, Influencer Elcah Dedah Punca Cerai Selepas 8 Hari Berkahwin!

Pempengaruh media sosial dan model muslimah, Elcah Hasha mendakwa dirinya telah diceraikan selepas lapan hari mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menerusi perkongsian di TikTok, dia memuat naik ‘voice note’ bekas suaminya melafazkan talak melalui aplikasi WhatsApp.

Baru-baru ini, Elcah mendedahkan punca perceraiannya kepada usahawan kosmetik, Anas Zahrin yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

Dakwa Elcah, bekas suaminya mengajak untuk berpoligami selepas dikatakan telah terlanjur dengan seseorang dan wanita tersebut sedang mengandungkan anaknya.

“Abang, adik tak tahu selama ni adik dah cuba untuk bertahan tapi dia tak pernah nak jaga hati adik sampai semalam dia post pasal baby semua.

“Adik tahu adik susah nak pregnant tapi adik boleh terima lagi yang perempuan tu dah pregnant tapi dia sanggup nak suruh adik berpoligami dengan dia pula.

“Siapa je sanggup nak berpoligami kalau baru je lapan hari kahwin?

“Baru lapan hari kahwin dia dah ajak adik berpoligami dengan perempuan tu,” dakwanya.

Sementara itu, dia memberitahu tidak pernah mengetahui tentang hubungan sulit bekas suaminya dengan wanita tersebut.

@anaszahrin Ya Allah @Elcah ♬ Yasirlana Suling Merdu – IFTAH QULUBANA

Untuk rekod, Elcah pernah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata namun ia berakhir dengan perceraian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Trending Thu, 14 Apr 2022
Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Saiful Akui Imej Kini Bertentangan Dengan Agama, Namun Enggan Hipokrit

Saiful enggan hipokrit, keputusan dilakukan tak menyusahkan sesiapa

Featured Fri, 27 Oct 2023

“Pilih Circle Yang Betul Tak Bermakna Saya Perlu Buang Kawan”- Bergaul Dengan Agamawan, Zizi Kirana Mengaku Kekal Istiqamah Bukan Perkara Mudah

kadang kita kecikkan circle bukan sebab sombong tapi kita memilih untuk hidup lebih tenang dan jadi lebih positif❤️

Trending Fri, 29 Nov 2019
Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Joey BPR Kemalangan Patah Tulang Rusuk

Susulan nahas itu, Joey turut mengalami patah empat tulang rusuk.

Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

error: Content is protected !!