Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 26, 2023 @ 12:56pm

ND Lala Tidak Kelihatan, Syada Amzah Jaga Emosi Ibu Semasa Hari Raya – “Kesian Tengok Dia Sebab…”

Penyanyi Syada Amzah meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai satu keluarga yang lengkap seperti orang lain.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, kesemua adik beradiknya berkumpul untuk hari raya namun tidak kelihatan bapanya, Datuk ND Lala.

“Dari first day raya feeling inferior tengok orang lain ada full family, berpasangan (but of course I’m happy for them). Semalam I macam rasa sebak betul! Finally get to sambut raya dengan adik beradik lengkap.

“Don’t get me wrong, beraya berdua dengan my mum pun best, dia layan je I beraya, tema warna tahun ni I yang pilih, and dia ikut je apa yang I nak makan,” jelasnya.

Menurut Syada, dia kasihan melihat keadaan ibunya, Datin Fauziah Sarman yang pasti merindukan suami terutama semasa menyambut perayaan yang membawa keluarga bersama.

Malah, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini turut menjaga emosi ibunya daripada terus bersedih.

“Tapi I kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. It broke me.

“Belum dengan I need to jaga her from terdengar lagu raya sedih, before dia start nangis, I dah nangiskan dulu dah. She’s yatim piatu, if my grandparents were still here, I bet I would’ve make her happier.

“Semalam at the very least her sisters were there for her, thank you Makngah & Maklang for coming! Cucu sedara penuh satu rumah. I keep her busy sampai semalam bila balik rumah, we both terus K.O! I love you Mak,” ujarnya.

Terdahulu, Syada membuat kenyataan bahawa bapanya sudah lama tidak menghubungi mereka dan sering meninggalkan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Fauziah juga pernah membuat pendedahan wajah wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya di Instagram miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 6 Feb 2018

10 INSTA-WORTHY LOCATIONS AT #GOGEGARIA 2018 FESTIVAL!

The #GoGegaria 2018 Festival is touring around Malaysia and the event will promise amazing pictures to fill up your Instagram profile for sure!

Featured Tue, 29 Nov 2022

[VIDEO] “Nak Lawan Orang ‘Keras’, Kena Berlembut…” – Pertama Kali Bekerjasama, Yasmin Hani Kongsi Cara Hadapi Momen ‘Menyirap’ Sheila Rusly 

Min setuju dengan cara Yasmin Hani tu. Kalau lawan dengan ‘keras’ juga, tak settle masalah 🤭🥵

Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

Trending Thu, 25 Jun 2020
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah! Zairil- Dyana Sofea Kahwin Disember

Sama cantik, sama padan. Selamat Pengantin Baru Dyana & YB Zairil!

Featured Fri, 12 Dec 2025

Erra Fazira Akui Pernah Trauma, Anggap Keputusan Kahwin Kali Ketiga Adalah Tepat – “Saya Niat Kerana Allah & Ini Semua Aturan Dia”

Erra juga sempat mendedahkan, ‘Sayang’ adalah panggilan mesra buat suami tercinta kera merasakan panggilan itu manis walaupun sedikit ‘old school’.

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] “Dua Hari Yang Sangat Sunyi, Moga Hadir Dalam Mimpi Daddy” – Zaquan Adha

“Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan Ya Allah,”-Zaquan Adha

Fab Foodies! Mon, 26 Nov 2018

Purchase Some Delicious Desserts and Help Make a Child’s Wish Come True

It’s under Hilton’s “When You Wish Upon A Star” campaign.

error: Content is protected !!