Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2025 @ 3:49pm

Erra Fazira Akui Pernah Trauma, Anggap Keputusan Kahwin Kali Ketiga Adalah Tepat – “Saya Niat Kerana Allah & Ini Semua Aturan Dia”

Primadona Filem Melayu, Erra Fazira secara terbuka mendedahkan,  dirinya pernah berdepan perasaan trauma dan fobia sebelum membuat keputusan besar untuk berkahwin kali ketiga.

Kata Erra, 51, perjalanan menuju ke fasa baharu dalam hidupnya setelah sekian lama ‘hidup solo’ bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi selepas mengharungi episod getir sebagai ibu tunggal.

Malah, perkahwinanya kali ini disifatkannya sebagai matang  kerana dia dan suami mahu membina keluarga yang harmoni.

Menurut Erra, ketakutan itu sesuatu yang sangat difahami oleh ramai wanita yang pernah melalui situasi sama.

“Saya faham kenapa ibu-ibu tunggal di luar sana rasa takut dan serik untuk berkahwin lagi. Sejujurnya, saya pun banyak kali bertanya kepada diri sendiri sama ada saya sudah bersedia.

“Sehingga ke saat akhir pun saya masih tanya orang keliling, ‘betul ke aku nak kahwin ni?’. Beberapa minit sebelum nak kahwin pun saya masih bertanya perkara sama. Saya mengaku, 40 peratus saya mengaku saya pernah ada trauma.

“Dan, saya selalu pegang kata-kata Ezwan iaitu mahu kami menjadi ‘sedaging’. Maksudnya, hubungan rumah tangga ini haruslah perlu sama-sama saling sepakat dan memahami antara satu sama lain,” katanya.

Tidak habis disitu, Erra juga sempat mendedahkan, ‘Sayang’ adalah panggilan mesra buat suami tercinta kera merasakan panggilan itu manis walaupun sedikit ‘old school’.

ARTIKEL BERKAITAN:Erra Fazira Terharu, Suami Hadiahkan Bunga Emas Sebagai Kejutan… 95 Peratus Persediaan Perkahwinan Diurus Ezwan

ARTIKEL BERKAITAN:Dengan Hanya Sekali Lafaz, Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr. E… Terima Sepokok Bunga Emas 102 Gram Sebagai Mas Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Harap Perkahwinan ini Adalah Penutupnya” – Erra Fazira

Ketiak disoal mengenai keputusan untuk kembali mendirikan  rumah tangga,  bintang utama filem box office, Sembilu dan Maria Mariana itu mengakui dia menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada takdir dan ketentuan Ilahi.

“Ini semua adalah aturan Allah. Tetapi sentiasa pasang niat yang baik bahawa  ‘Ya Allah, aku nak berkahwin kerana-Mu’.

“Saya rasa kalau kita jaga niat kita, insyaa-Allah. Bukan niat nak kahwin sebab nak ada orang jaga. Itu semua belum tentu,” jelasnya.

Erra juga mengakui berasa sedih ketika disoal mengenai penerimaan rakan selebriti dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiannya bersama suami tersayang.

“Saya bersyukur sebab saya menerima banyak kasih sayang dan doa daripada semua. Bila cakap tentang perkara ini saja saya rasa sedih.

“Saya bukanlah manusia sempurna, meskipun saya daripada keluarga yang kecil, tetapi saya rasa besar dengan kasih sayang daripada anda semua,” ujarnya.

Imbas kembali, Erra sebelum ini mengaku sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta semua pihak memberi ruang terhadap hubungan mereka.

Malah, primadona filem Melayu itu juga dilihat semakin terbuka memaparkan keserasian mereka di media sosial.

Difahamkan, pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Ogos tahun lalu.

Terdahulu, Erra pernah bergelar isteri kepada penyanyi, Datuk Yusry namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

Erra kemudian kembali berumah tangga dengan Engku Imran pada 2007 dan memiliki cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya.

Mereka bagaimanapun berpisah pada Februari 2014.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

盛天俊陈子颖续「逆光之缘」三度合作

八度空间『原创强档』中文电视剧《守百年之约》日前进行开镜仪式!该剧是盛天俊和陈子颖继《逆光成长》和《春天花啦啦》后再演情侣。

Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Doa yang baik-baik untuk Ezlynn, mana tahu jodoh sampai lepas Raya ni ke?

Hiburan Mon, 6 May 2019

打下辽阔江山帅气返场!鍾瑾桦发行中文单曲《被你宠爱》

打下辽阔江山帅气返场,Alvin鍾瑾桦发行久违中文新单曲《被你宠爱》高调直抒被黑心声。

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

SEBENARNYA LAGU QODY, BUKAN  BLACK!

Namun, terdapat beberapa masalah teknikal ketika lagu OST ini hendak dihantar kepada pihak produksi

Trending Thu, 9 Jun 2022

Rutin Sampaikan Tazkirah Lepas Solat Buka Pintu Hati Pembantu Rumah Johan Peluk Islam – “Saya Jumpa Surah Al-Fatihah..”

Alhamdulillah, kerana sering dengar tazkirah selepas solat, akhirnya pembantu rumah Johan peluk agama Islam.

Events Mon, 28 Jan 2019

Pokémon: Catch ‘Em All at Genting Highlands in February

Catch Pokémon The Movie: The Power of Us at Resorts World Genting next month.

Trending Tue, 18 Aug 2020
error: Content is protected !!