Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 27, 2023 @ 12:37pm

Memasuki Usia 45 Tahun, Rutin Gaya Hidup Sihat Beri Tuah Kepada Fazley Yaakob

Menyambut ulang tahun kelahirannya ke-45, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengekalkan rutin gaya hidup sihat.

Sentiasa mementingkan kesihatan dalam menjalani kehidupan harian, amalan yang dilakukan Fazley nyata memberi tuah kepada bapa anak empat ini.

Fazley dilantik sebagai duta kepada dua jenama kesihatan berprestij, He Medical Clinic dan Boren Healthcare Group.

Bagi Fazley, pelantikan itu adalah hadiah bermakna untuknya sempena ulang tahun kelahiran.

“Kesihatan lelaki sebagai isu serius yang memerlukan perhatian profesional dan perubatan. Biarpun mungkin tabu dan tidak ramai yang sanggup berkongsi masalah. Mereka mungkin rasa tidak selama dan bimbang.

“Tetapi di klinik itu, keselamatan, privasi, dan rahsia terjaga dalam rawatan pesakit mereka. Mereka berusaha mencari penyelesaian yang disesuaikan untuk setiap pesakit, memberikan perasaan kasih sayang dan perhatian terhadap kesihatan dan kecergasan mereka.

“Pelantikan sebagai duta untuk setahun ini juga memberi peluang kepada saya dan jenama terbabit meningkatkan kesedaran tentang masalah kesihatan lelaki kepada orang awam,” ujarnya.

Perlantikan Fazley sebagai duta jenama pada usia 45 tahun adalah penting untuk dicatat kerana beliau merupakan perwakilan lelaki yang sihat dan bertenaga pada usianya, menjadi contoh teladan untuk semua lelaki dalam kumpulan umurnya.

Sementara itu, Fazley yang juga dilantik sebagai duta kepada rangkaian kesihatan itu turut mahu berkongsi kepentingan kesihatan dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan dengan gaya hidup sihat.

“Pelantikan sebagai duta kepada jenama rangkaian kesihatan ini juga memberi peluang kepada saya untuk menyuntik semangat masyarakat di luar sana untuk menjaga kesihatan bersama.

“Saya banyak berkongsi aktiviti dan rutin gaya hidup sihat yang boleh juga diamalkan oleh peminat di luar sana. Di usia 45 tahun, aktiviti senaman dan sukan pilihan adalah antara gaya penjagaan kesihatan yang baik. Malah, pemakanan dan pemeriksaan awal kesihatan juga memainkan peranan penting,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 1 Feb 2019

Google Dan Nasi Lemak, Apa Kaitannya?

Super cool! Google kini meraikan sarapan nombor satu rakyat Malaysia, Nasi Lemak!

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Asha Ikut Jejak Kakak, Berjinak-Jinak Dalam Dunia Lakonan

Siapa sangka selain dua adik beradik pelakon Risteena dan Ruhanies, rupa-rupanya ada seorang lagi adik mereka, Asha Zainul yang mula mengikut jejak yang sama…..

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Tahniah Hafiz Suip, Bakal Timang Anak Kedua!

Congrats to Hafiz dan Effy!

Featured Mon, 20 Feb 2023
error: Content is protected !!