Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 2, 2023 @ 6:17pm

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Pelakon Nabila Huda berkongsi tentang usahanya membeli pil suplemen bagi mendapatkan zuriat mencuri perhatian netizen.

Difahamkan, pil tersebut adalah produk makanan tambahan bagi membantu kehamilan dan ia merupakan jenama nombor satu di United Kingdom.

Menerusi ciapannya di Twitter, dia memilih untuk membeli pil tersebut berbanding membeli barangan berjenama ketika berada di London.

“Orang pergi London beli baju la, branded handbags lah, itu ini.. She beli ni. I’m one in a million ok,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan.

Untuk rekod, Nabila dikatakan singgah sebentar ke London sebelum meneruskan rakaman program masakan di New York selama dua bulan sehingga Jun depan.

Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zailan pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.

Namun, mereka telah bercerai pada 2015 lalu dan Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2024

Aman Aziz Akui Belum Puas ‘Berseronok’, Ibu Pernah Halang Kahwin Di Usia 24 Tahun

Nikmati dulu usia muda okay, insyaAllah ada jodoh nanti

Hiburan Mon, 9 May 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023

Aeril Zafrel Puji Sophia Albarakah Manja, Ini Reaksi Wawa Zainal

Alamak, habis la Aeril 🤣 Tidur luar ke tu? Hihiiii

TECH Thu, 10 Jan 2019
Featured Thu, 22 Dec 2022

Panik Dapat Tahu Tunang Kemalangan, Imran Aqil Sempat Mandi Sebelum Sampai Ke Lokasi Kejadian Gara-Gara… 

Tular sebuah perkongsian di TikTok memaparkan rakaman siaran langsung pempengaruh Dahlia Rizal sedang bercerita mengenai tunangnya, penyampai radio Imran Aqil yang panik ketika mengetahui dirinya kemalangan. Menerusi hantaran tersebut, Imran yang sedang berada di gimnasium […]

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️

Featured Thu, 28 Aug 2025

“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini

Ibu tunggal bukan lemah tapi memilih untuk kuat.

error: Content is protected !!