Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 5, 2023 @ 6:03pm

Rumah Kena Serbu Jam 1 Pagi & Terima Ribuan Kad Ucapan Dari Peminat, Ziana Zain Kenang Momen Manis Di Hari Raya

Penyanyi Ziana Zain mengenang kembali momen-momen ketika menyambut hari raya Aidilfitri saat awal-awal dirinya memasuki industri seni dahulu.

Menurut Ziana, dia tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga di hari raya dek kerana tuntutan kerja.

“Pengalaman saya ketika hari raya pertama sebagai artis adalah menjayakan sebuah program di RTM. Sama juga pada hari raya kedua. Tahu-tahu raya dah nak habis. Ia mula dari tahun 1994 hingga 1997.

“Saat saya mula karier sebagai penyanyi, saya tak dapat nak beraya betul-betul sehingga sekarang, saya tak dapat nak luangkan masa bersama saudara mara dari minggu pertama raya.

“Kami akan menunggu saudara-mara di rumah, satu hari dalam 200 orang datang. Bermula dari 10 pagi hinggalah ke jam 2 pagi,” kongsi Ziana teruja.

Bercerita mengenai pengalaman raya, Ziana berkongsi momen di mana rumahnya dikunjungi peminat dari luar Lembah Klang semata-mata untu beraya dengannya.

“Pernah sekali jam 1.30 pagi, ada tiga ke empat van menunggu saya di depan rumah. Waktu itu saya ada persembahan di luar. Jadi, bila mak telefon, dia minta saya balik sebab mereka sudah menunggu lama.

“Mereka cuma nak bertemu dan bergambar, kemudian mereka pulang. Bagi saya itu adalah tanda penghargaan mereka sebab ada yang datang dari jauh, dari luar Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa saya,” cerita Ziana.

Lebih manis, Ziana turut mendedahkan dia menerima ribuan kad ucapan hari raya daripada peminat sehingga terdapat pokok khas untuk kad raya di rumah.

“Kalau dulu sebelum zaman media sosial, saya dapat lima hingga enam guni kad raya.

“Beribu kad raya saya terima. Bertimbun-timbun. di rumah saya sediakan pokok khas untuk kad raya saya. Satu pokok lagi untuk Anuar dan ada juga pokok untuk Pak Zain.

“Kad raya daripada peminat sangat kreatif. Ada yang tampal gambar kita dan ada yang letakkan muzik. Syarikat rakaman pun ada peruntukan untuk kad raya yang perlu dibalas. Ada juga kad yang saya beli sendiri,” kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Raya Aneh-Aneh? Ini Respons Padu Ziana Zain – “Kalau Ada Sokongan, Maka Ada Lagi Tahun Hadapan”

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Ziana Zain Beraksi Di Pentas DFP Tercapai – “Lama Saya Nantikan Peluang Ini”

Untuk info, Ziana Zain bakal muncul untuk membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), 6 Mei ini.

Tiket boleh mula dibeli di laman sesawang rasmi www.mpo.com.my atau di kaunter ‘box-office’. Juga boleh ditempah menerusi telefon dengan menghubungi nombor 03-23317007 atau email [email protected].

Harga tiket bermula dari RM218, RM268, RM318, RM368, RM600/RM650 (Meet & Greet).

ARTIKEL BERKAITAN: Ziana Zain Kecewa Blogger Buat Berita Kelirukan Pembaca – “Saya Betul-Betul Marah, Macam Mana Boleh Keluar Cerita Macam Ini?”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Direman Empat Hari

Farid Kamil selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis

Trending Thu, 13 Sep 2018

近视者眼中世界很美!看什么都朦胧

Philip Barlow就擅长绘出近视者眼中的朦胧世界,不仅让近视者深感认同,连视力良好的人都想感受一下朦胧美到底是什么样子的!

Featured Thu, 28 Aug 2025

Siti Hariesa Nafi ‘Anak Emas’ TV3 – “Ini Adalah Rezeki Saya”

Katanya, tidak wujud dakwaan sebegitu kerana dia juga bermula daripada program pencarian DFKL 2019.

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Trending Mon, 15 May 2023
error: Content is protected !!