Euforia Bola 2026
Drama By: Padin May 11, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Adnan Runner’

Perjalanan hidup sukar diduga. Bukan semua yang dirancang akan menjadi dan ada juga kemungkinan yang perkara yang tidak dijangka terjadi.

Drama terbaharu slot Lestary yang berjudul ‘Adnan Runner’ dibarisi oleh bintang muda yang ternama seperti Imran Aqil, Bella Dowanna, Wanns Ahmad dan Eleen Arisha.

Ia menceritakan kisah hidup Adnan. Syarikat yang menjadi punca rezekinya telah diisytiharkan muflis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Akibatnya, dia bersama rakan sekerjanya yang bernama Bobby telah menjadi penganggur untuk beberapa bulan. Mencari pekerjaan baharu bukanlah perkara yang mudah.

Desakan dari kekasih masing-masing, Nadia dan Wawa, juga menambah lagi tekanan yang dialami oleh kedua-dua jejaka ini. Mereka telah berusaha untuk mencuba beberapa jenis pekerjaan. Namun, mereka telah gagal dalam kesemuanya dan telah dipecat dalam masa beberapa hari sahaja.

Tidak lama kemudian, Bobby mendapat inspirasi untuk bekerja sebagai ‘runner’ setelah membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, Adnan dan Bobby yang sememangnya gemar menunggang motosikal telah memulakan kerja tersebut dengan hati yang terbuka.

Namun, tanpa mereka berdua sedari, mereka sebenarnya telah membantu proses penjualan dadah bagi suatu sindiket. Penglibatan mereka yang tidak disengajakan itu telah menyebabkan pelbagai masalah. Adnan dan Bobby telah nekad untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi menumpaskan sindiket itu. Mampukah mereka menebus diri daripada mangsa tipu daya kepada hero keadaan?

Cerita Apa? ‘Adnan Runner’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 18 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘SeOfis’

Macam-macam ragam di pejabat.

Drama Mon, 10 Jul 2023
Drama Wed, 17 Dec 2025

Perempuan Tidak Ternikah Naskhah Sarat Emosi, Tampil Gandingan Mantap Siti Elizad & Yusuf Bahrin

Mampukah seorang bakal ibu bangkit apabila segalanya dirampas daripadanya? Bolehkah hati yang terluka kembali percaya pada kebahagiaan?

Drama Fri, 16 Dec 2022

Tonton Apa Hari Ni: ‘Chinta Arjuna’

Kisah cinta yang tidak diduga!

Drama Mon, 24 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Kerasnya Takdir’

Perbezaan darjat menjadi punca.

Drama Wed, 6 Sep 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Tumpat Berdarah’

Permusuhan yang berlarutan.

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

Drama Thu, 13 Jul 2023
error: Content is protected !!