Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 6, 2023 @ 12:08pm

Tak Mudah Untuk Andien Aisyah Berlakon Ketika Hamil

Pengalaman berlakon dalam filem Surga Di Bawah Langit ketika sedang hamil trimester pertama cukup memberi cabaran dan sukar untuk pelakon Indonesia, Andien Aisyah

Menurut bintang jelita itu, dia juga harus menjayakan watak sebagai seorang remaja yang memerlukan lebih tenaga dan emosi walaupun sedang hamil anak keduanya.

“Ini adalah filem pertama saya jadi ini adalah pembuka langkah untuk kerjaya seni saya. Bila dapat tawaran, tak fikir panjang. Terus sahaja terima walaupun perlu menjalani penggambaran ketika hamil.

“Pengalaman itu bukan mudah kerana saya masih di awal kehamilan, banyak mual dan pening kepala. Apatah lagi kalau cuaca ketika itu panas. Tetapi semangat saya melebihi semua itu. Kena kuat!

“Walaupun sedang hamil, tetapi saya beri komitmen jiwa dan emosi 100 peratus. Bila tonton filem itu, saya geleng kepala sendiri. Berlakon sebagai seorang remaja tetapi realitinya sedang hamil anak kedua,” ujarnya.

Filem Surga di Bawah Langit menceritakan pahit manis kehidupan tiga sahabat dari kecil yang berdepan realiti kehidupan terutama selepas masing-masing mula menginjak dewasa.

Masing-masing sudah mula mencari wang sendiri sejak kecil kerana kedaifan dan kemiskinan hidup yang membuatkan mereka terpaksa menelan segala kesusahan sendiri walaupun masih kanak-kanak.

Selain Andien, Surga Di Bawah Langit turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Acha Septriasa dan Reza Rahadian serta mendapat sentuhan sutradara, Pritagita Arianegara.

Dalam pada itu, penerbitnya, Rio Silaen berkata, cabaran utama dalam menghasilkan filem tersebut adalah lokasi penggambaran yang terpaksa dilakukan di kawasan pembuangan sampah.

“Mereka kanak-kanak yang hidup susah ketika kecil. Jadi mereka hidup di kawasan sampah. Bau adalah cabaran utama kepada semua pelakon. Tetapi mereka berjaya mengharungi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Aug 2025
Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Bukan Tak Nak, Belum Ada Rezeki

Sudah pasti, sebagai wanita yang sudah berumah tangga, saya juga mempunyai impian untuk menjadi ibu.

Featured Tue, 25 Oct 2022
Featured Tue, 7 Dec 2021

Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

Cantik je bila menutup aurat kan…. terpancar Nur tu ♡

Events Mon, 29 Jul 2019

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival itu!

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

“Ada Kereta Masuk Kanan Tiba-Tiba…”- Ebit Lew Cemas Kena Langgar

Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi…

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
error: Content is protected !!