Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 8, 2023 @ 4:33pm

Isteri Sarat Mengandung Anak Kedua Dalam Masa Setahun, Netizen Beri Pesanan Pada Fizo Omar

Umum mengetahui pelakon dan pengacara Fizo Omar bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas isterinya, Fazeera Nazri kini berbadan dua.

Terkini, Fizo memuat naik sebuah perkongsian yang memaparkan foto ketika menyambut hari raya Aidilfitri bersama isteri dan anak-anak.

Lebih menarik, Fizo memuat naik foto raya tahun lalu dan tahun ini dengan meluahkan rasa teruja apabila pasangan tersebut menimang dua cahaya mata dalam masa setahun.

“Team raya ‘sarat mengandung’.

“Raya tahun lepas  (2022) tengah sarat mengandung Khaleeda dan tahun ini (2023) pun tengah sarat dah masuk 37 minggu. Jadi kiranya bila-bila masa saja dari sekarang lah.

“Alhamdulillah rezeki tak diduga dari Allah buat Abe Joe dan Faz dan sudah tentu Cik Yam yang paling happy dapat 1 tahun 2 adik,” tulis Fizo.

Dalam pada itu, Fizo turut menghargai pergorbanan isterinya itu dalam menjalani proses kehamilan biarpun sedang sibuk menyambung pelajaran dan bekerja.

“Sangat hargai pengorbanan awak Sayang menjalani proses mengandung . Awak adalah isteri dan ibu yang terbaik.

“Walaupun tengah sarat mengandung, jaga baby Khaleeda, tengah belajar final year untuk degree dan kerja lagi pada masa sama.

“Saya tahu ia bukan senang tapi awak berjaya tempuh dengan baik sayang. Doakan Faz dipermudahkan bersalin nanti ya. Tahun depan raya bulan berapa eh? Nak timing siap-siap,” tulis Fizo lagi.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Fizo tersebut.

Malah, ada juga yang tampil memberi nasihat agar Fizo dapat memberikan ‘rehat’ buat Fazeera bagi menjaga kesihatan dalaman wanita.

Untuk info, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda.

Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam, 5 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 May 2021

“Baru Tahu Mulut Saya Jahat Ke Baik…” – Fad Bocey Jadi Pak Cik Bawang?

Pelawak dan penyampai Hot FM, Fad Bocey bakal muncul di program realiti no 1, I Can See Your Voice (ICSYV) sempena hari raya Aidilfitri. Untuk ICSYV musim kali ni, Fad berperanan sebagai panel penyiasat untuk menyiasat identiti […]

Events Fri, 18 Oct 2019

“All the best” untuk Farzana ~ Neelofa

Jatuh-bangun kehidupan selepas Dewi Remaja.

Featured Wed, 14 Jul 2021

Cara Mohon Bantuan One Off Sehingga RM 1,400 Buat Individu Terjejas Pendapatan

Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bantuan ini dilancarkan melalui Tabung COVID-19 dengan bayaran sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat […]

LIFESTYLE Sun, 22 Jul 2018

Remaja Ini Kongsi Pengalaman Suka Duka Kerja Tengah Laut

Kalau ada kapal tangki lain ingin membeli minyak di tengah laut, kami akan pergi ke kapalnya, pasangkan host dan salurkan melalui bankernya. Memang mencabar tetapi seronok. Kalau kerja banyak, baju memang jadi hitam legamlah.

error: Content is protected !!