Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2023 @ 1:29pm

“Siapa Yang Bersumpah Dan Junjung Al-Quran? Cerita Tu Bagi Jelas” – Abby Abadi Berang, Perjelas Kenyataan Kakak Mangsa Penyondol

Susulan isu anak perempuannya, Marissa Dania yang di dakwa menjadi punca keretakan rumah tangga individu yang dikenali sebagai Misya tular, pelakon Abby Abadi sekali lagi tampil menjelaskan bahawa kenyataan kakak mangsa sebelum ini adalah tidak jelas.

Menerusi perkongsian tangkap layar sebuah portal hiburan di Instagram Story miliknya sebentar tadi, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 45, menjelaskan, pihak keluarga ada berjumpa dan berbincang dengan pihak keluarga mangsa.

Namun, menafikan bahawa kedatangan mereka adalah untuk meminta maaf.

“Iya, kami ada berjumpa, itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa tu tak tahu cerita pun.

“Tapi bila bercerita kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu…itu malas nak bercakap. Jadi geram dengan perangai manusia ni,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

Dalam pada itu, Abby memaklumkan, anaknya itu tidak pernah bersumpah dan menjunjung al-Quran seperti yang didakwa sebelum ini.

Malah, dia berharap agar pihak keluarga mangsa menceritakan hal terbabit secara jelas bagi mengelakkan timbulnya prasangka dalam kalangan warganet.

“Siapa yang bersumpah dan junjung al-Quran tu? Yang pasti bukan dari pihak kami ya.

“Nak bercerita tu bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sagka,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Apr 2022
Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Fri, 23 Mar 2018

Bercerai Talak Satu Dengan Ude. Intan Derita, Izreen Bahagia!

Berderai airmata pastinya buat kaum hawa yang sempat mengikuti delima rumah tangga di antara pemuzik bebas, Ude juga suami kepada aktres Izreen Azminda, yang sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Intan Liana Salleh, 33, pada Khamis. 

Featured Thu, 29 Jan 2026

Insomniacks Cipta Sejarah, Pertama Kali Dinobat Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025

Insomniacks kini memberi fokus sepenuhnya kepada perancangan serta projek baharu bagi tahun 2026

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Sebelum memeluk Islam, Adam Corrie mengaku dirinya…

Hiburan Fri, 14 Jun 2024

Han Byul Bertemu Jodoh Di Malaysia

Oppa Han ada lagu baru lah!!!!

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!