Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Putri November 20, 2017 @ 8:28pm

Hati-Hati Apabila Menjamah 7 Makanan Yang Enak Ini Secara Mentah

Bagi sesetengah orang, jika ingin nikmati makanan pada kualiti terbaik, makanlah ia secara mentah. Ada yang berpendapat, makanan yang mentah khasiatnya lebih tinggi dan rasanya lebih semula jadi. Malah, ada kedai makan yang turut menawarkan juadah mentah untuk dinikmati pelanggannya.

Tapi sebenarnya, tanpa anda sedar, anda seringkali menjamah makanan secara mentah tanpa mengetahui sebenarnya ia amat ditegah oleh ahli perubatan. Tegahan ini dibuat berdasarkan beberapa bukti kajian yang menunjukkan makanan mentah mengandungi banyak bakteria berbahaya kepada kesihatan diri.

Inilah senarai makanan yang anda tidak digalakkan makan secara mentah, walau apa pun alasannya.

1. Ubi Kentang

Ubi kentang antara sayuran yang seringkali kita temui dalam juadah makanan harian, dan ia sesekali tidak boleh dimakan mentah. Menurut Dr Lisa Davis, Ketua Penasihat Nutrisi Terra Kitchen, ubi kentang mentah boleh menyebabkan perut kembung dan pelbagai lagi masalah kesihatan melibatkan sistem pencernaan. Ia disebabkan ubi kentang mengandungi kanji yang tidak boleh dihadam perut, bagaimanapun ia boleh terlarut apabila dimasak.

Satu lagi, jika ubi kentang dibiarkan terlalu lama terdedah pada suhu hangat, ia boleh berubah menjadi ubi beracun. Ubi kentang yang terbiar lama akan bertukar menjadi hijau pada bahagian-bahagian tertentu. Warna hijau ini yang dikenali sebagai solanin boleh menyebakan keracunan makanan jika di makan.

2. Ubi Kayu

Ubi kayu lebih mudah ditemui di kampung-kampung dan ditanam mungkin oleh ibu atau nenek kita. Jadi pesanlah pada mereka jangan sesekali makan ubi kayu secara mentah. Di bahagian hujung ubi kayi mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai cyanogenic glycosides, dan ia membebaskan cyanide apabila di makan. Satu bahan kimia yang sangat bahaya.

Bagaimanapun ubi kayu masih boleh dimakan namun perlu dibasuh dengan teliti, dikupas kulitnya dan wajib dimasak terlebih dahulu.

3. Kacang Buah Pinggang

Kekacang seperti kacang buah pinggang adalah makanan berkhasiat kerana mengandungi serat, protein dan antioksidan, namun boleh menyebabkan ‘kacau-bilau’ dalam perut jika dimakan mentah.

Kacang buah pinggang mentah mengandungi bahan toksik yang dikenali sebagai phytohemagglutinin yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut, dengan tanda-tanda seperti mengalami keracunan makanan. Jika anda penggemar kacang buah pinggang, anda dinasihatkan untuk mendidihkan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum dijamah.

4. Sosej

Sosej pada asalnya bukanlah makanan yang berkhasiat, namun jika dimakan mentah, ia menjadi lebih tidak berkhasiat dan berbahaya. Orang ramai sering kali salah anggap dan berpendapat bahawa sosej adalah makanan pre-coocked, maka ia boleh dimakan terus tanpa perlu dimasak semula. Menurut Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat, sosej mentah mengandungi bakteria Listeria, yang hanya boleh dimusnah dengan cara dipanaskan semula.

5. Susu Mentah

Kita disarankan untuk meminum susu segar kerana ia mempunyai khasiat yang baik, dan susu tidak mungkin dimasaka. Namun jika anda meminum susu sebaik sahaja ia diperah di ladang, anda mungkin dalam bahaya kerana susu yang belum dipasturkan mengandungi bakteria seperti e.coli dan salmonela.

Menurut FDA, orang yang menikmati susu mentah 150 kali lebih berisiko untuk mendapat penyakit bawaan makanan berbanding mereka yang mengambil produk tenusu lain.

6. Taugeh

Taugeh seringkali ditemui dalam hidangan orang Malaysia. Selain berkhasiat, harganya yang murah antara faktor menjadi pilihan pengguna. Bagaimanapun, kita perlu mengelak daripada memakan taugeh mentah.

Taugeh mentah berbahaya disebabkan cara penanamannya di tempat lembap dan gelap, di mana bakteria seperti e.coli, salmonela dan listeria membiak dengan subur.

Jadi anda disarankan untuk membasuh dan memasak terlebih dahulu taugeh sebelum dimakan.

7. Terung

Terung memang sedap dibuat ulam atau digoreng bersama sayuran yang lain, namun jangan sesekali menjadikan terung sebagai juadah mentah. Terung mentah, terutamanya terung muda mengandungi solanin, satu bahan bertoksin yang turut ditemui pada ubi kentang.

Sumber : Reader Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 13 Jul 2019

Kurang Bau Durian Selepas Makan, Cuba Tips Ini

Pernah tak anda bercakap dengan mereka yang baru sahaja menikmati durian?

LIFESTYLE Sun, 6 Oct 2019

Pneumokokal Boleh Ragut Nyawa Bayi?

Ramai Tak Sedar Kepentingan Suntikan Vaksin Pneumokokal

Fab Foodies! Sat, 27 Oct 2018

Tips Dan Cara Terbaik Untuk Tambah Berat Badan

Berat badan yang ideal menjadi pujaan ramai. Tetapi bila nak berat badan naik bagaimana pula? Ikuti perkongsian ini

Fab Foodies! Sun, 17 Jun 2018

端午吃粽「这5种人」别放纵!

端午节即将到来,粽子也是这个时节不可缺少的美食之一。但有消化道问题或慢性疾病者,吃粽时可要多加留意,切勿过量食用。

LIFESTYLE Tue, 24 Jul 2018

Cool Off in this Bathtub Cinema if You Can’t Stand the Tokyo Heat

If it’s hot, it means you need to get wet.

LIFESTYLE Tue, 15 Oct 2019

不一样的万圣节!云顶让你处处都「遇鬼」

是否感觉到空气中开始弥漫着诡异的气息?整个10月,云顶世界将会上演一连串的惊悚活动~

LIFESTYLE Fri, 29 Nov 2019

7 Skin Care Tips That Aren’t Total BS

Follow these tips and you’ll see the transformation in matter of days!

LIFESTYLE Sun, 10 Mar 2019

Jalan Kaki Seminggu Sekali Bantu Mengurangkan Risiko Kematian

kematian dapat dikurangkan dengan berjalan kaki sekali atau dua minggu sekali untuk mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung, strok dan kanser

LIFESTYLE Mon, 12 Mar 2018

Fenomena Panama Dance, “Wajib kalau suami suruh,”

“Orang kata pulak, ‘haram tang mana pulak ustaz oi’, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?

LIFESTYLE Wed, 13 Dec 2017

Klasik mewah taruhan ‘The Electricianz’

Bagi penggemar jam tangan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan The Electricianz sebagai salah satu collection item anda

error: Content is protected !!