Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 9, 2023 @ 11:48pm

[VIDEO] Johan & Ozlynn Buat Kejutan Jumpa Anak Di Ireland- “Siapa Potong Bawang Ni…

Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn membuat kejutan berjumpa dengan anak sulung mereka, Ahmad Ariq yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Dublin, Ireland.

Video tersebut dikongsi menerusi laman Instagram milik mereka berdua.

“Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga dari-Nya. Surprise untuk abang Ariq menjadi. Papa, mama and adik-adik Hanania love you,” tulis mereka di kapsyen.

Menerusi video tersebut, Johan berpura-pura bahawa kawannya ingin berjumpa Ariq dan mahu memberikan barang sedangkan kawan yang dimaksudkan ialah dia dan isterinya sendiri.

“Okay kita sebenarnya dah dekat hotel, kita nak surprise kan si budak kecik tu. Kita cakap kawan dia datang, eh kawan kita datang nak bagi barang dekat dia so dia datang sini, dia tunggu dekat bawah. Kita tengok reaction dia.

“Tak pasal pasal anak aku kena tipu,” kata Johan ketika berada di dalam lif.

Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari lif di lobi, mereka terus menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ sambil ketawa melihat reaksi Ariq yang terkejut.

Tidak melepaskan peluang, Johan segera memeluk erat anak lelaki sulungnya dan diikuti oleh Ozlynn.

Aksi anak beranak itu di mendapat perhatian netizen dan rata-rata tersentuh melihat keakraban yang dimiliki oleh mereka.

“Apa potong bawang pagi-pagi ni.

“Kalau pasal anak memang auto sebak sebab itulah pinjaman dunia. Best family ever @jozlynnhanania contoh kami semua. Love you guys.

“Masya-Allah what a beautiful surprise. Sayu rasanya pengorbanan parents macamni. Semoga Allah sentiasa pelihara keluarga kalian sampai bila-bila,” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

South Korea’s All-Rounded Superstar Turns into a Pro Gamer

They say that you can be as great as you strive to be, but there will always be that one Asian kid who does it better.

Trending Fri, 3 Apr 2020

#StayAtHome, TikTok ‘Mop Lantai’ Yuna Kini Ditonton Setengah Juta Orang. Wow!

Part pakai baju kahwin tu, pergh! Gigih giler kot Yuna.

Trending Mon, 24 Aug 2020

PKPP Bakal Berakhir 31 Ogos Ini, KKM Saran MKN Lanjutkan PKPP

Korang setuju ke tak kalau pkpp dilanjutkan?

Trending Sat, 22 Feb 2025
Hiburan Wed, 2 Jan 2019
Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Thu, 28 Feb 2019

‘Salah Tetap Salah’- Krisis Kakak Buat Aprena Manrose Serba Salah

Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa…

error: Content is protected !!