Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 13, 2024 @ 7:17am

Akhirnya Filem Pertama Ditayangkan, Sophia Albarakbah Nervous Bawa Watak Wanita Kena R*gol

Pelakon cantik Sophia Albarakbah gementar ketika diminta melakonkan babak rogol dalam filem Jiwa 8 Belas.

Filem arahan S Baldev Singh itu merupakan buah tangan Sophia yang pertama dalam industri hiburan sekitar tahun 2018.

Namun, atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, filem Jiwa 8 Belas tersimpan lama dan akhirnya ia bakal ditayangkan 18 Januari ini.

“Sejujurnya, saya rasa takut dan gementar ketika mahu menjayakan babak itu. Seperti semua maklum, ketika itu saya sangat baru dan ia merupakan filem pertama lakonan saya.

“Pada waktu itu, saya tidak tahu nak bagi reaksi bagaimana sebab masih terlampau baharu dalam arena lakonan. Saya dan pelakon-pelakon lain yang merupakan pelapis baharu berbincang untuk menjayakan adegan itu.

“Syukur, semuanya berjalan lancar. Pengarah ada memberi bantuan dalam melaksanakan segala proses yang berlaku. Ia membuatkan kami rasa selesa untuk menjayakan babak dipinta,” katanya.

Berkira-kira untuk menjayakan babak sebegitu di masa akan datang, Sophia bakal menerimanya jika ia menampilkan sisi berbeza serta boleh menonjolkan bakat lakonannya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kalaulah saya mahu terima lagi tawaran atau menjayakan adegan seperti itu lagi, saya akan tengok dahulu jalan ceritanya. Sekiranya naskhah itu baik dan boleh menaikkan nama saya sebagai pelakon, saya akan cuba.

“Filem Jiwa 8 Belas adalah lakonan pertama saya. Sejujurnya saya sangat gembira melihat peningkatan kemahiran lakonan sehingga hari ini,” katanya lagi.

Membawakan watak Fatien dalam filem Jiwa 8 Belas yang bakal menemui penonton 18 Januari ini, karya terbabit turut dimeriahkan dengan lakonan selebriti lain seperti A. Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Shah Hazvee, Sophia Albarakbah, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Wed, 20 May 2026

“Balik Kerja Dah Tak Kena Soal” – Nabil Ahmad Kongsi Perubahan Drastik Isteri Selepas 13 Tahun Kahwin

Nabil turut sempat berseloroh apabila mengakui dia turut berasa risau dengan perubahan ketara ditunjukkan isterinya itu.

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

邓紫棋高EQ回应陈冠希「让音乐作品去说话」

「铁肺女王」邓紫棋来马出席《饥饿30》倒数活动,与1万5000人齐聚沙阿南美拉瓦迪室内体育馆;谈及近期她为《中国新说唱》担任制作人遭陈冠希挑衅不会饶舌,她高EQ回应“让音乐作品去说话。”

error: Content is protected !!