Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 15, 2026 @ 5:42pm

Filem Mak #SalamDariSyurga Jadi Peringatan Halus Mengenai Kasih Ibu

Dalam kehidupan yang bergerak terlalu laju, ramai akhirnya ‘tertinggal’ insan paling dekat, termasuk ibu yang selama ini menjadi pelita hidup.

Daripada renungan itu, terhasil filem Mak #SalamDariSyurga, sebuah naskhah yang memilih emosi yang jujur sebagai nadi, tanpa perlu bergantung pada sensasi atau dramatik keterlaluan.

Menurut penerbit merangkap pelakon utama, Azman Ahmad, filem ini lahir daripada pemerhatian terhadap realiti seharian yang jarang diangkat secara mendalam dalam filem tempatan arus perdana.

“Kita selalu sibuk sampai lupa menghargai yang paling dekat. Filem ini cuma mahu menyentuh hati dan mengingatkan, bukan datang untuk mengajar atau menghukum,” katanya.

Datuk Fauziah Nawi mengemudi sisi emosi penceritaan sebagai ‘mak’, sementara Azman Ahmad dan Izzy Reef menguatkan konflik dalaman seorang anak yang bergelut dengan masa silam.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Satu Babak, Hafiz Nafiah Terharu Pelakon & Kru Filem ‘Mak #SalamDariSyurga’ Sanggup ‘Berkampung’ Dalam Hutan

Mak #SalamDariSyurga turut memilih ritma penceritaan yang lebih perlahan dan berlapik, memberi ruang kepada emosi berkembang satu demi satu, seolah-olah mengajak penonton mengingat kembali figura ibu, sama ada yang masih ada atau sudah pergi.

“Kami mahu penonton keluar dengan rasa yang tulus. Kalau ada yang diam seketika, tersenyum kecil atau mengalir air mata, itu sudah cukup untuk kami,” katanya.

Azman turut menjelaskan pemilihan pelakon dibuat secara teliti bagi memastikan setiap karakter berfungsi seimbang dalam cerita.

“Saya mahukan Datuk Fauziah Nawi sebagai ‘mak’ kerana kredibilitinya sudah terbukti. Izzy Reef pula menambah keseimbangan kerana dia pelakon yang berbakat dan ada pencapaian,” katanya.

Dalam masa sama, naskhah ini juga membuka peluang kepada bakat baharu, termasuk yang pertama kali terlibat dalam filem.

“Saya memang mahu cabar bakat-bakat ini, dan saya puas hati kerana masing-masing beri komitmen yang kuat,” katanya.

Lebih daripada kisah ibu dan anak, filem ini mengangkat tema penyesalan, peluang kedua dan makna pulang ke rumah dari sisi fizikal dan emosi, selain membawa peringatan bahawa doa seorang ibu tetap ‘hidup’ walaupun jasadnya sudah tiada.

Berlatar sebuah kampung di Kedah, cerita memfokuskan Aman (Azman Ahmad) yang terperangkap dalam dilema apabila terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia diketuai Edy (Megat Sharizal).

Selepas satu serbuan di sempadan, Aman menjadi buruan polis, lalu memilih bertahan di hutan selama berminggu-minggu demi membersihkan nama di mata ibunya, Nor (Datuk Fauziah Nawi), dan pulang mencari ‘syurga’ yang ditinggalkan.

Diterbitkan oleh AA Success Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Awal Muzik, Mak #SalamDariSyurga bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 22 Januari 2026.

Naskhah ini dijangka menyentuh penonton yang menghargai filem berteras kekeluargaan dan penceritaan yang dekat dengan realiti, selain menjadi peringatan lembut tentang kasih ibu yang sering kita ambil mudah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Mar 2018

Brave Men Save Puppies From Filthy Drain Despite Religious Restrictions

A few brave and kindhearted young men saved two stranded puppies in the dirty drain despite religious beliefs.

Featured Wed, 26 Feb 2025

Kalis Kecaman, Fattah Amin Nafi ‘Jual’ Kisah Peribadi

Fattah Akin nafi jual kisah peribadi.

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun…

Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Netizen Hentam Chot, Fazura Tampil Bersuara Pertahankan Sahabat – “Dia Satu-Satunya Lelaki Yang Ada Sifat Tanggungjawab Dalam Rumah Saya”

Pelakon, Nur Fazura meluahkan rasa kesal apabila nama sahabatnya yang dikenali sebagai Chot menjadi sasaran kecaman segelintir pihak di media sosial. Menerusi perkongsian di platform Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, menegaskan […]

Featured Wed, 21 Feb 2024
error: Content is protected !!