Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 10, 2023 @ 9:49am

Ada Netizen Kurang Senang Bila Dr Amalina Beri Ucapan Romantis Buat Suami Di Majlis Resepsi… Peminat Tampil Pertahankan!

Doktor pakar bedah, Dr. Amalina Bakri sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas tular videonya membuat majlis resepsi bersama suami dan anaknya, baru-baru ini.

Namun, momen indah tersebut turut menimbulkan rasa kurang senang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengatakan majlis itu persis cara perkahwinan agama Kristian.

Isu itu mula timbul selepas tular sebuah video di mana Dr. Amalina sedang memberikan ucapan romantis dan memuji kebaikan suaminya ketika majlis itu berlangsung.

@rrrhai Ucapan romantik Dr Amalina to her beloved husband, Alex #dramalinabakri #wedding #fypシ゚viral ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Kurang senang dengan komen tersebut, salah seorang pengikut figura itu tampil membela dan menunjukkan perjalanan (flow) majlis berkenaan dari awal.

Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun @rrrhai menyatakan majlis resepsi tersebut telah dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran dan doa.

Malah, pemilik akaun tersebut sempat berpesan kepada individu tersebut untuk berkata benda yang baik-baik.

“Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al quran, doa untuk keberkatan majlis meskipun ramai je jemputan non muslim dalam tu. Jom berkata-kata yang baik sahaja,” tulisnya.

@rrrhai Replying to @Dzai Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al quran, doa utk keberkatan majlis meskipun ramai je jemputan non muslim dalam tu. Jom berkata-kata yg baik sahaja 🙂 #weddingdramalina #dramalinabakri ♬ original sound – Rrrhai 🌸

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya menyindir semula individu terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dr Amalina & Suami Bersanding Bertiga Buat Netizen Geram- “Cooperative Betul Anak Dia…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Sun, 17 Mar 2019

Jom Sertai Bazaar Selebriti Festival GT Asia Di Sepang F1

Festival perlumbaan ini turut menyaksikan 30 buah jentera lumba GT dari serata dunia dengan ganjaran hadiah wang tunai bernilai RM5.45 juta (RMB 9,000,000)!

Hiburan Sat, 3 Jan 2026
Trending Thu, 30 Aug 2018

Nenek Usia 78 Tahun Hamil Anak Pertama

Warga emas berusia 78 tahun itu dikhabarkan hamil lima bulan dan perkara ini disahkan oleh suaminya, Ade Irawan.

error: Content is protected !!