Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 10, 2023 @ 11:30am

Syifa Melvin Dituduh Buat Bibir, Ini Respons Padu Empunya Badan – “Bila Dekat Thailand Ni Faham-Fahamlah…”

Pelakon Syifa Melvin tampil memberikan respons padu kepada netizen selepas dirinya didakwa membuat pembedahan mulut.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Syifa menerusi sebuah video yang tular di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, salah seorang pengikutnya telah mempersoalkan di mana pelakon itu membuat bibirnya ketika live.

Menyedari perkara itu, Syifa secara spontan memberikan respons padu yang berbaur sinis kepada individu tersebut.

“Bila kita dekat Thailand ni, faham-fahamlah. Bukan kata bibir, kelopak mata pun boleh buat. Kami appoinment tukar warna mata ni minggu depan. Sayang, you nak buat tak?,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut Suami Pindah Ke Thailand, Syifa Melvin Seronok Jadi Suri Rumah – “Berat Badan Pun Naik Sebab…”

Terkejut mendengar reaksi spontan itu, suaminya, Safawi Rasid turut geli hati dengan kenyataan isterinya.

“Taknaklah, saya dah sempurna dah. Allah dah bagi yang terbaik dah. Rezeki,” kata Safawi.

Dalam pada itu, Syifa sempat memuji bibir suaminya dan menyatakan dia berharap agar anak mereka nanti mempunyai bibir bapanya.

“Bibir you Allah bagi yang terbaik sayang. Bibir punya tebal Pawi ni macam kena ketip tebuan. I harap anak kita ikut bibir you la. Ikut mulut you, jangan mulut jahat macam I,” katanya.

@ayu_kekasih..themelvin I harap anak kita ikot bibir you,bibir you, mulut you😍 – Syifa . #adikberadikthemelvin #fyp #themelvins #videoviral #kekasihlebaran2023 #syifawi #kekasihcosmetic ♬ original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣

Featured Fri, 26 Jul 2024
Featured Mon, 18 Nov 2024

Selepas 8 Tahun Berpisah, Kiah Propa & Bekas Suami Kahwin Semula – “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata”

“Kalini dia sakit aku terima dia. Sebab Insya-Allah aku nak jaga dia dan bataskan aurat. Permintaan dia sebelum menutup mata” – Kiah Propa

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Peminat ‘Prank’ Nubhan Sempena Hari Jadi Ke 33

Happy Birthday Nubhan, kami di XTRA doakan awak terus sukses dunia akhirat!

Featured Tue, 18 Apr 2023

Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

Boleh Syaikhul dan sumayyah beraya dengan atok dan neneknya❤️

Hiburan Thu, 2 Jan 2025
error: Content is protected !!