Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2023 @ 7:27pm

Lufya Omar Tepis Dakwaan Mata Duitan, Tuntut Mutaah RM1 Juta Sebab…

Pelakon Lufya Omar hadir bagi sebutan semula kes tuntutan Mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam hari ini sekaligus menepis dakwaan netizen kononnya tuntutan itu dibuat kerana dia seorang mata duitan.

Menurut Lufya, tuntutan tersebut dibuat sesuai nilai harga sebuah pengorbanan yang dilakukan sepanjang empat tahun mereka berkahwin, malah bukan mudah untuknya membesarkan anak mereka, Laana Haura, 5 seorang diri apatah lagi ia memerlukan kos yang tinggi.

“Membesarkan anak seorang diri bukan mudah walaupun anak itu seorang sahaja, dengan keadaan saya yang dahulunya seorang artis dan sangat aktif bekerja jadi income sangat kukuh pada ketika itu. Namun ketika saya sudah berkahwin saya melepaskan segala-galanya atas sebab-sebab tertentu dan untuk bangun kembali ia memerlukan masa yang agak panjang,” katanya.

Sementara itu, Lufya memaklumkan,  pada awalnya dia tidak berniat untuk menuntut sebarang tuntutan daripada bekas suaminya kerana memberi masa kepada Che Hafiz  memberikan fokus terhadap anak mereka.

“Sebenarnya saya mengambil masa juga untuk dia just fokus terhadap Haura sebab asay atak pernah tuntut apa-apa even barang ke apa saya tak pernah. 

“Sebenarnya tak ada tujuan untuk tuntut pada awalnya sebab saya pun nak stabilkan diri juga, nak besarkan anak dan saya bagi masa untuk dia jelaskan nafkah anak, fokus pada anak dan beri kasih sayang kepada anak itu sahaja, jadi sekarang ni saya kena buat sesuatu untuk anak juga,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Manakala, ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya dia menipu berhubung insiden anaknya diculik punca dia menuntut bayaran mutaah sebanyak RM1 juta sekaligus membersihkan namanya,  aktres itu menjelaskan sebagai seorang wanita dan juga ibu tunggal dia harus mendapatkan keadilan.

“Bila difitnah dan dicemarkan nama baik of course sebagai seorang wanita dan ibu tunggal selama empat tahun perkara ini adalah bukan daripada kesalahan saya. So, Mutaah RM1 juta ini it is not the value sebenarnya, melainkan saya nak tuntut keadilan.

“Dan, semestinya saya dan anak perlu teruskan hidup dan saya pun nak jadikan anak saya berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi pemerhatian XTRA, Lufya dilihat turut meninggalkan komen balas di ruangan komen Instagram portal hiburan popular, Melodi memaklumkan tuntutan dibuat atas atas apa yang pernah berlaku dalam perkahwinan mereka dan enggan memberi komen secara terperinci kepada umum.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2020.

Dan selepas tiga tahun bergelar duda, Che Hafiz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Juliana Farhana pada 14 Disember 2022.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Sharifah Amani Dedah Pengalaman Berlakon?

Ada juga ye yang macam tu?

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

“Saya Memang Tidak Mahu Teruskan Perkahwinan Ini” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

Selepas selesai prosiding kes perceraian antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagaimanapun berkata, beliau terkilan apabila proses perceraian […]

Featured Tue, 18 Jul 2023
Featured Thu, 22 Feb 2024

Kini Bergelar Datin, Atikah Suhaime Enggan Goyang Kaki – “Apapun Gelaran Saya Tetap Mahu Jadi Wanita Bekerjaya”

Betul waniata kena ada kerjaya sendiri walaupun suami duit kepok-kepok okay!

Featured Wed, 21 Apr 2021

Aiman Tino & Sufian Suhaimi Teruk Dipukul?

Nampaknya lakonan penyanyi Aiman Tino & Sufian Suhaimi drama Kampung Kolestrol semakin mendapat perhatian daripada para penonton. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Ziana Zain sempat memuatnaik video penggambaran babak Drama Kampung Kolestrol namun apa yang mencuri […]

Featured Fri, 23 Sep 2022

Bob Lokman Meninggal Dunia

Salam Takziah. Al-Fatihah 🥀