Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 26, 2023 @ 9:18pm

Bimbang Risiko Jantung Suami Terhenti, Amyza Adnan Berat Hati Beri Izin Teruskan Rawatan Dialisis – “Keadaannya Sudah Kritikal”

Pelakon, Amyza Adnan menghadapi detik sukar apabila terpaksa menandatangani surat beri izin bagi membenarkan pihak hospital melanjutkan rawatan dialisis dalam keadaan suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir yang masih ditidurkan.

Bimbang dengan risiko kegagalan fungsi organ-organ lain, Amyza terpaksa mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

Pun begitu, suaminya akan berdepan dengan risiko jantung terhenti jika rawatan tersebut dilanjutkan.

“Kalau saya tidak bersetuju (lakukan dialisis), doktor kata ia akan merosakkan organ-organ lain tetapi kalau jalani proses dialisis ini pula risikonya tinggi sehingga boleh menyebabkan jantungnya terhenti.

“Saya tidak tahu untuk membuat
keputusan tetapi saya hanya turunkan
tandatangan untuk bersetuju dengan
rawatan dialisis itu.

“Saya hanya fikir positif kerana doktor memberitahu terdapat ramai pesakit yang berjaya melalui proses ini dengan baik,” katanya.

Memetik laporan mStar, suami Amyza dikhabarkan masih dalam keadaan kritikal dan sedang dipantau rapi di hospital.

Amyza berkata, genap tiga bulan suaminya mengalami gangguan pernafasan dan tidak dapat tidur dengan normal.

Dalam pada itu, bagi mengurangkan tekanan paru-paru serta penurunan kadar oksigen, Amyza memberitahu doktor terpaksa menidurkan Khairil sehingga kesihatannya kembali baik.

Malah, bacaan kreatinin pada buah pinggang suaminya pula terlalu tinggi, iaitu mencecah 10,000.

“Pagi tadi hospital telefon saya minta datang ke hospital kerana keadaannya sudah kritikal.

“Saya sampai saja di hospital, doktor sudah tidurkan dia untuk kurangkan paru-parunya bekerja keras. Oksigen dia memamg sudah turun,” jelasnya.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Oct 2025

“Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik

Kamal Adli merayu agar isterinya, Uqasha Senrose, tampil menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan cara baik

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Mon, 5 Jan 2026

“Cukup Tiga Tahun Berdiam Diri” – Intan Najuwa Tuntut RM1.3 Juta, Seru Rizman Ruzaini Patuhi Perintah Mahkamah

Pihak Rizman Ruzaini diarahkan membayar RM1,300,000 kepada Intan Najuwa dan suami pada atau sebelum 15 Januari 2026

Cahaya Mata Sat, 26 Nov 2022

Ciuman Ayah Buat Anak Dalam Kandungan, Comelnya Aksi Azzam Sham & Sheryl Shazwanie!

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. @sherylshazwanie💋👶🏻🤍♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Sheryl di laman TikTok, memaparkan […]

Featured Thu, 18 Nov 2021

Netizen Kecam Wanita Kahwin Dengan Bapa Saudara Sendiri

Sebuah klip video menunjukkan perkahwinan seorang wanita dari Sulawesi Selatan dengan bapa saudaranya di aplikasi TikTok pada Rabu. Malah, perkahwinan mereka dikecam kerana salah faham mengenai perkahwinan itu dan menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. […]

Hiburan Mon, 2 Dec 2024
Hiburan Tue, 4 Oct 2022
error: Content is protected !!